The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Guardiola mengutuk Arsenal

Eikrem pada November 4, 2015

Menjelang pertemuan pusingan kedua UEFA Champions League menentang Arsenal, jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola mengutuk Arsenal – dengan mengatakan pasukan London tersebut bermain bola lambung.

Bayern tewas 2-0 di Emirates dua minggu lalu dan Pep nampaknya masih tidak berpuas hati dan mula melancarkan serangan psikologi terhadap Arsene Wenger.

Menurut Pep, Wenger telah meninggalkan DNA bola sepaknya dengan memainkan bola hantaran jauh kepada Giroud.

“Kami berjaya meletakkan bola di belakang benteng Arsenal, dan memaksa mereka bermain bola hantaran jauh. Selepas itu untuk menyerang menentang 9 atau 10 pemain dalam kotak penalti mereka bukanlah satu kerja yang senang.

Pep mula melancarkan perang psikologi terhadap Arsenal
Pep mula melancarkan perang psikologi terhadap Arsenal

“Mereka cuba menyerang dengan build-up dari bawah tetapi bila kita menekan Mertesacker atau Koscielny mereka terus tidak mahu bermain. Mereka hantar bola jauh kepada Giroud.

“Arsenal sebenarnya mahu bermain, itu DNA mereka. Tetapi cara lainnya ialah duduk bertahan dan lari. Semua orang boleh buat macam tu – malah Bayern juga.

“Tetapi saya dah bercakap dengan para pemain dan saya mahukan mereka menyerang walaupun pihak lawan bertahan dengan 10 orang dalam kotak penalti.”

Di Pihak Arsenal pula, Arsene Wenger mengatakan bahawa dia telah mengarahkan pemainnya menyerang habis-habisan kerana jika mereka kalah dalam perlwanan ini, mereka kemungkinan besar bakal tersingkir dari melayakkan diri ke pusingan kedua UCL di belakang Bayern dan Olimpiakos.