Guardiola Mahu Bunuh Mendy Dan Minta Kurangkan Masa Di Media Sosial

Izuddin oleh Izuddin 3 bulan yang lalu

Pemain full back Manchester City, Benjamin Mendy menerima gesaan daripada Pep Guardiola supaya mengurangkan masanya di media sosial dan menggunakan masa terluang untuk memperbaiki permainannya.

Mendy merupakan pemain yang sangat aktif di laman sosial, terutamanya di Twitter dan Instagram. Beliau dianggap sebagai pemain paling lucu dalam kem Manchester City dan kerap memuat naik video beliau menyakat rakan sepasukannya.

Pemain Skuad Juara Piala Dunia Perancis ini sangat aktif di laman sosial musim lalu ekoran kecederaan yang dialaminya hampir semusim tetapi berjaya menempatkan diri bersama pasukan Perancis ke Russia.

Dua assist dari Mendy dalam penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris sejak mengalami kecederaan ACL musim lepas. Padu beb

Mendy menyertai Manchester City dari Monaco pada tahun 2017 dalam perjanjian bernilai £52 juta yang menjadikannya antara pemain pertahanan termahal dunia ketika ini.

Karier Mendy di Etihad Stadium bermula dengan baik tetapi beliau mengalami kecederaan ACL pada pertengahan musim yang menyebabkannya terlepas peluang untuk beraksi sehingga musim berakhir.

Walaupun demikian, Mendy masih mendapat kepercayaan jurulatih Perancis, Didier Deschamps untuk berada dalam skuad Piala Dunia 2018 yang mana Perancis berjaya memenangi kejohanan tersebut buat kali ke-2 dalam sejarah.

Dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal semalam, beliau merupakan pemain terbaik perlawanan apabila mencipta kesemua bantuan gol Manchester City dalam perlawanan tersebut.

Pemain berjubur tonggek, Raheem Sterling dan Bernardo Silva mencatatkan nama selaku penjaring untuk mengecewakan pengurus Arsenal yang lemah dan lembik, Unai Emery dalam debutnya di Liga Perdana Inggeris.

Dikenali sebagai pak lawak dalam skuad The Citizens bersama Ederson

Selepas hanya mampu menggunakan Mendy sebanyak 7 perlawanan musim lepas, Guardiola nyata gembira dengan impak yang dihasilkan Mendy. Guardiola juga memberi peringatan kepada Mendy yang mana banyak lagi aspek dalam permainannya yang perlu diperbaiki.

"Mendy masih lagi Mendy. Kadang kala anda mahu 'membunuh' beliau dan kadang kala anda berasa bertuah memiliki pemain sepertinya. Mendy berikan pasukan ini tenaga."

"Banyak perkara Mendy perlu lakukan untuk menjadi lebih bagus dan saya berharap kami mampu memujuk beliau untuk melupakan laman sosial buat seketika dan memperbaiki beberapa aspek dalam permainannya."

Petikan ucapan Guardiola itu telah dimuat naik dalam Twitter rasmi Manchester City dan seperti dijangka, Mendy cepat membalas kenyataan dan berjanji untuk mendengar nasihat bosnya itu.

Sedikit tips bagi pemain Fantasy Premierl League, dapatkan segera Benjamin Mendy dalam pasukan Fantasy anda.

Beliau mengutip 15 mata dalam perlawanan pertama dan pada harga 6.0, beliau merupakan pemain terbaik untuk mengisi bahagian pertahanan pasukan anda.

Ditambah pula Manchester City bakal melayan kunjungan Huddersfield di gelanggang sendiri selepas ini, jangan terkejut sekiranya 4 atau 5 gol berjaya dijaringkan anak buah Guardiola dalam perlawanan itu nanti.




Paparkan Komen