Guardiola: Kevin De Bruyne Ada 'Release Clause' Bernilai RM 1.2 Bilion

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan Kevin De Bruyne bukan pemain untuk dijual dan turut mengesahkan pemain tersebut memiliki 'release clause' berjumlah €250 juta atau RM 1.2 bilion.

Pemain antarabangsa Belgium itu merupakan nadi utama skuad Manchester City musim lalu dimana mereka mencipta rekod baru dalam Liga Perdana Inggeris dengan mengutip 100 mata, kutipan mata paling tinggi sepanjang sejarah.

Sape nak De Bruyne perlu menyediakan duit berjumlah RM 1.2 bilion.

De Bruyne menyertai Manchester City dari Wolfsburg pada Ogos 2015 dalam perjanjian rekod kelab bernilai £55 juta. Bekas pemain Chelsea ini menunjukkan peningkatan mendadak sepanjang bermain di Jerman, mneyebabkan pengurus City pada ketika itu Mauricio Pellegrini bersetuju untuk berbelanja besar bagi membawa De Bruyne pulang ke England.

Musim ini tidak bermula dengan baik buat De Bruyne. Beliau baru sahaja mengalami kecederaan serius di bahagian pergelangan kaki ketika sesi latihan yang menyebabkannya terpaksa berehat selama 3 bulan. De Bruyne dijangka kembali beraksi pada bulan November nanti.

Awal tahun ini menyaksikan De Bruyne menandatangani kontrak lumayan untuk kekal bersama The Citizens untuk 6 tahun yang seterusnya dan Guardiola menegaskan hanya bidaan rekod dunia sahaja yang mampu membawa De Bruyne keluar dari Manchester City.

Suatu ketika dahulu

"De Bruyne merupakan pemain yang sangat bagus dan seorang pemain yang dinamik. Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa berkata De Bruyne merupakan pemain kegemarannya kerana pemain tersebut mampu melakukan semua perkara."

"Sebelum ini, saya ada bertemu kedua-dua ibu bapa beliau. Biasanya anda akan lebih mengenali pemain anda sekiranya anda juga mengenali ibu bapa mereka."

"De Bruyne merupakan individu yang menakjubkan. Beliau mempunyai 'release clause' berjumlah €250 juta. De Bruyne bukan pemain untuk dijual."

Bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu turut membincangkan mengenai pelan jangka panjang beliau sebelum bersara dari arena kejurulatihan. Guardiola mengesahkan beliau mahu cuba untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan sebelum beliau bersara dari bola sepak.

De Bruyne tidak akan bermain selama beberapa bulan kerana kecederaan yang dialaminya ketika sesi latihan

"Betul, saya mahu menjadi jurulatih pasukan kebangsaan jika diberikan peluang dan ada negara yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Saya mahu cuba pengalaman itu. Saya juga ingin tahu bagaimana perasaan bergelar jurulatih skuad kebangsaan."

Sama seperti De Bruyne, Guardiola juga telah mengesahkan masa depannya dalam masa terdekat ini adalah bersama Manchester City dimana beliau baru sahaja menandatangani kontrak baru di Etihad.

"Ya, saya baru sahaja melanjutkan kontrak di sini. Saya sangat gembira berada di sini. Saya dijaga dengan rapi oleh pihak pengurusan dan tiada sebarang gangguan dari pihak luar. Saya kini berada di kelab yang mampu menarik perhatian saya."




Paparkan Komen