Guardiola ialah Tokoh Tajdid, Mourinho Tidak – Arrigo Sacchi

Eikrem 4 bulan yang lalu

Pengurus lagenda, Arrigo Sacchi telah menamakan Carlo Ancelotti, Antonio Conte dan Massimiliano Allegri sebagai tiga jurulatih terbaik Itali buat masa ini. Ketiga-tiga jurulatih tersebut juga dijangka bakal menambah koleksi piala mereka dengan pasukan masing-masing kini mendahului Bundesliga, Liga Perdana Inggeris dan Serie A.

Sacchi, pengurus AC Milan pada hujung 1980-an, telah membawa pasukan Rossoneri tersebut muncul sebagai kuasa bola sepak Itali dan eropah, di mana mereka memenangi Piala Eropah pada musim 1988-89 dan 1989-90, sebelum memegang jawatan sebagai ketua jurulatih Itali sejak 1991, untuk membawa pasukan Azzuri ke perlawanan akhir Piala Dunia 1994, sebelum tewas kepada Brazil menerusi penentuan sepakan penalti.

Baru-baru ini, Sacchi ditanya oleh wartawan, dalam satu temubual khas oleh Calcio Mercato, mengenai siapa jurulatih yang terbaik dunia hari ini.

Malu-malu Ancelotti dan Conte duduk bersanding.

Sacchi dengan tenang menjawab,”Ancelotti dan Conte terbaik? Pak cik nak tambah sorang lagi orang Itali – Allegri.

“Ancelotti ni orang pandai dan bijak, selain mempunyai nilai teknikal yang sangat tinggi. Conte pula menakutkan, penuh taktikal dan mempunyai nafsu yang tinggi terhadap bola sepak.

“Allegri mempunyai taktikal yang bagus, tetapi dia tak obses dengan bola seperti pak cik atau Guardiola, Conte dan Simeone. Cuma dia tahu macam mana nak menang dan sekarang dia mempunyai semua kelengkapan untuk menang, termasuklah kelabnya yang sentiasa berdiri teguh di belakangnya, dan sekumpulan pemain yang dia tahu bagaimana hendak kawal mereka.

Walaupun giginya kuning, Allegri cukup hebat dalam bola sepak.

Ketika ditanya mengenai persaingan antara Pep Guardiola dan Jose Mourinho, Sacchi berkata Mourinho lebih hebat dalam strategi, tetapi Guardiola orang yang membawa pembaharuan atau tajdid.

“Mourinho ni sangat terperinci strategi dia – dalam setiap sudut. Guardiola pula seorang mujaddid bola, Mourinho tidak,” tambah Sacchi.

Mourinho dan Pep ibarat adik-beradik tiri.

Mengenai jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, Sacchi berkata,”Real Madrid ni istimewa sikit. Tumpuan kepada kelab ini ialah para pemain mereka, bukan cara mereka bermain.

“Satu-satunya fasa di mana mereka tidak membeli pemain bintang ialah ketika Jose Mourinho di mana Mou telah memilih Khedira dan Ozil – kedua-duanya bukan bintang ketika itu dan ini menunjukkan karisma yang ada di dalam jiwa lelaki teragung Portugis ini.

“Tetapi sekarang dah ramai bintang ┬ádan Zidane mampu mengawal mereka dengan baik,” jawabnya ringkas.

Walabagaimanapun, ketika diminta untuk memberi komen mengenai jurulatih di Malaysia, Sacchi sekadar menjawab,

“Eh dah nak masuk asar ni. Pak cik Zohor pun belum lagi ni. Jumpa lagi ye, nak! Tata titi tutu,” dengan sepantas kilat Sacchi hilang dari pandangan. Hebat juga orang tua ini.

Artikel diceduk dan dipintal dari :

1- Squawka

2- Calcio Mercato