Griezmann Tidak Akan Gantikan Tempat Countinho Dalam Skuad Barcelona

Izuddin oleh Izuddin 4 hari yang lalu

Pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho tidak akan meninggalkan Barcelona disebabkan kehadiran Antoine Griezmann, menurut dakwaan ejen pemain antarabangsa Brazil tersebut.

Griezmann yang menjuarai Piala Dunia 2018 bersama Perancis tahun lepas, baru sahaja menandatangani kontrak selama 5 tahun pada Jun tahun lalu tetapi membuat keputusan untuk meninggalkan Atletico Madrid selepas beberapa bulan berteka-teki mengenai masa depannya.

Masa depan Coutinho terus menjadi tanda tanya. Adakah Barcelona tidak memerlukan khidmat Countinho lagi ?

Difahamkan, £108 juta dimasukkan dalam kontraknya ketika menandatangani kontrak baru tahun lepas dan menurut sumber Sky Sports, Barcelona bersedia untuk mengaktifkan klausa pelepasan Griezmann dalam masa terdekat ini.

Dengan Griezmann selangkah lebih dekat untuk menyertai Barcelona, timbul persoalan mengenai masa depan pemain tengah Brazil, Philippe Coutinho.

Sejak berpindah ke Nou Camp pada Januari 2018, Coutinho bergelut untuk menghasilkan persembahan terbaiknya dan beberapa sumber melaporkan ketibaan Griezmann bakal menyaksikan Coutinho meninggalkan Barcelona.

Griezmann dijangka menyertai Barcelona tidak lama lagi. Bukan ke England

Walau bagaimanapun, khabar angin tersebut dinafikan ejen Coutinho, Andrea Bertolucci. Andrea berkata Countinho akan terus kekal di Nou Camp walaupun Griezmann menyertai Barcelona pada jendela musim panas yang akan datang.

"Tidak benar untuk mengatakan Griezmann akan menggantikan tempat Coutinho di Barcelona."

"Saya tidak tahu mengapa ada pihak yang berkata demikian. Saya tidak tahu mengenai perkara tersebut, sebab itulah saya tidak mahu bercakap mengenainya. Ia berita palsu."

Coutinho berpindah dari Liverpool pada Januari 2018 dalam perjanjian bernilai  £146 juta, sekaligus menjadi pemain ke-3 termahal dalam sejarah bola sepak.

Seperti semua sedia maklum, Countiho gagal mempamerkan prestasi yang sama seperti yang pernah dipamerkan beliau di Liverpool dan bergelut dengan masalah prestasi musim ini.

Bukan semua pemain sesuai bermain dengan Barcelona. Tekanan tinggi dari peminat dan kelab mungkin memberi kesan kepada Coutinho

Beliau hanya mampu menjaringkan 5 gol dari 33 perlawanan dan menerima kritikan hebat atas persembahan beliau ketika Barcelona dibelasah Liverpool 4-0 dalam perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

Walau bagaimanapun, agak susah untuk melihat Coutinho meninggalkan Nou Camp dalam masa terdekat ini memandangkan beliau masih mempunyai kontrak selama 4 tahun bersama Barcelona, termasuk klausa pelepasan yang tinggi sekitar £354.6 juta.




Paparkan Komen