Griezmann Mahu Memberi Sokongan Yang Berani Mengaku Mereka Gay

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Bekas pemain yang menjadi sasaran Manchester United, Antoine Griezmann menyatakan bahawa beliau sentiasa bersedia memberi sokongan dan menerima mana-mana pemain yang mempunyai minat kepada kaum sejenis atau bahasa mudahnya gay.

Griezmann juga menghormati pemain bola sepak gay yang memilih untuk keluar dan mengaku tentang kecenderungan seksual mereka kepada umum. Menurutnya lagi, beliau faham ramai pemain bola sepak gay takut untuk mengaku kerana terdapat "orang jahat' yang menonton bola sepak.

Hello, Mourinho ke tu?

Kenyataan Griezmann ini dibuat ketika sesi temuramah bersama El Pais.

"Pemain (gay) tidak mahu keluar dari almari kerana mereka takut"

"Kami mesti kelihatan gagah dan berani tetapi kami takut akan kecaman dari orang ramai. Sudah tentu aku tidak menentang sesiapa, saya menghormati semua orang"

Griezman juga berkata jika beliau seorang gay beliau akan membiarkan orang awam mengetahui kecenderungan seksualnya.

"Aku akan mengaku jika aku gay. Tetapi sudah tentu mudah untuk aku berkata-kata kerana aku tidak melalui apa yang dilalui oleh mereka."

"Ramai orang jahat dalam dunia bola sepak dan pemain menjadi takut untuk ke stadium dan mendapat kecaman."

Griezmann lantang menyatakan untuk memberi sokongan kepada pemain gay tetapi bergelut untuk mengucapkan tahniah dan menepuk tangan kepada Varane atas kejayaan Real Madrid. Mungkin Griezmann mahu pemain mengaku seperti mamat yang viral beberapa tahun lepas.

"Saya Gay, Saya ok!"

Sumber : Bleacher Report




Paparkan Komen