Griezmann Dan Mbappe Menjawab Kritikan Courtois Yang Melabel Perancis Sebagai Anti-Football

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Biasalakan kalau dah kalah memang akan ada bunyi dan ketidakpuasan hati. Secara mata kasar perlawanan separuh akhir semalam tidak menarik jika anda mahukan aksi yang berterusan tetapi masih boleh lagi ditonton.

Menyalahkan pihak lawan lagi mudah bagi Belgium kerana perlu menjaga hati rakan sepasukan lain jika mengkritik rakan sendiri yang nyata sekadar menjadi bongkah batu dalam perlawanan penting.

Jika dilihat mata hati nyata Perancis bermain lebih baik dan tersusun secara bertahan dan mereka hanya meletakkan sepohon kayu daunnya rimbun yang nama sainstifiknya, Olivier Giroud sp.

Sebagaimana yang kita tahu Perancis telah mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 selepas menewaskan pasukan yang dibarisi pemain yang sedap, Belgium di perlawanan separuh akhir dengan jaringan tunggal dari Samuel Umtiti.

Belgium boleh balik..

Belgium yang menyerang secara berterusan sepanjang perlawanan tetapi kendur ketika masa kecederaan menggunakan sebongkah batu bersurat sebagai penyerang dikenali sebagai Romelu Lukaku.

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois telah melabelkan Perancis sebagai pasukan yang bermain secara anti-football dan contoh senang dibayangkan Manchester United dan Jose Mourinho.

"Perancis bermain anti-football."

"Aku tidak pernah lagi mengalami situasi di mana penyerang bermain jauh dari gol."

Courtois juga redha dengan kekalahan ini dan itu adalah hak Perancis untuk bermain macam mana pun. Pengadil juga menjadi punca bagi Courtois.

"Itu hak mereka nak main lagu tu, tapi tak sedap mata memandang. Bukan saja taktik Perancis tetapi pengadil yang langsung tidak menyebelahi kami."

Aksi Kurtawa

Ketika diwawancara oleh Stesen Televisyen Belgium, RTBF, Curtois menceritakan lagi kekecewaannya :

"Ini merupakan satu perlawanan yang sungguh mengecewakan. Perancis tidak bermain bola langsung, mereka bertahan dengan 11 pemain dengan jarak 40 meter dari gawang sendiri."

"Mereka bermain dengan melakukan serangan balas menggunakan Mbappe, yang sangat laju nak mati. Itu hak mereka."

"Apa yang mengecewakan kerana kami tidak tewas kepada pasukan yang lebih bagus dari kami. Kami tewas kepada pasukan yang tidak berbuat apa kecuali bertahan."

"Ketika menentang Uruguay mereka hanya menjaringkan gol melalui sepakan percuma dan hasil dari kesilapan penjaga gol. Hari ini gol dari sepakan percuma."

"Sangat memalukan bagi bola sepak kerana Belgium tidak menang."

Kante hanya memerhati.

Samuel Umtiti menjaringkan gol dari kotak penalti Perancis barangkali. Sepakan penjuru juga mungkin diambil dari kawasan Perancis. Namun cakap sedap mulut melalui lidah yang tidak bertulang Coutois itu dijawab oleh Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe.

Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe Jawab Kritikan Courtois

Cakap sesedap rasa dan mulut Thibaut Courtois itu mendapat jawapan balas dari tonggak Perancis, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe yang menjawab dengan ringkas dan padat ketidakpuasan hati Courtois yang panjang lebar.

Ada kebenaran juga jika Perancis tidak bermain cantik tetapi seharusnya Perancis diberi kredit dengan corak permainan mereka hingga mara ke final tidaklah extreme seperti Greece di Euro 2004.

Kylian Mbappe merupakan pemain Perancis pertama tampil mempertahankan kutukan ke atas pasukan negaranya yang bijak bermain dan tahu bagaimana untuk menang. Sebagai remaja berakhlak Mbappe menjawab dengan penuh sopan tetapi tegas.

"Jika aku menyinggung mereka, Aku mintak maap. Tapi aku, aku dah ke final."

"Pada penghujung perlawanan, kami berhabisan dan sedaya upaya untuk mempertahankan sedikit kelebihan yang kami ada. Itu bukanlah benda yang paling tidak menyenangkan tetapi berkesan."

Walaupun tidak berbuat apa-apa seperti yang dikatakan Courtois, Mbappe kelihatan bermaharajalela di padang. Pelik kan?

Jawapan balas dari Antoine Griezman kepada Courtois sangat ringkas tetapi lebih pedih dan perit serta keras.

"Adakah Thibaut Courtois berfikir bahawa ketika bersama Chelsea beliau bermain seperti bola sepak Barcelona? Aku tak peduli bagaimana(untuk menang). Aku mahu bintang kedua di baju ini. Itu saja."

Chelsea tidaklah bermain bola sepak dengan begitu cantik musim lalu di bawah Antonio Conte dan jawapan Griezmann ini hadir pada hari sama Conte meninggalkan Chelsea. .

Akhirnya, Perancis membuktikan bahawa bola sepak cantik bukanlah satu keperluan untuk menang perlawanan. Buktinya, Perancis menewaskan lawan yang lebih keras seperti Argentina, Uruguay dan Belgium untuk ke final Piala Dunia 2018 bertemu Croatia

Selain Courtois Eden Hazard dan Kevin De Bryune juga mengkritik pasukan Perancis selepas kekalahan mereka. Hazard meluahkan apa terbuku di hati beliau selepas tewas dan mengakui Belgium gagal mencipta 'magik'.

Hazard lebih rela kalah bersama Belgium daripada menang dengan cara yang diamalkan Perancis.

"Aku lebih rela kalah dengan Belgium daripada menang bersama Perancis itu."

----

"I prefer to lose with this Belgium than win with that France."

"Perancis telah bertahan dengan sehabis daya dan sangat berkesan. Kami tidak menjumpai titik kelemahan mereka. Sedikit keajaiban yang diperlukan untuk menjaringkan gol tidak ada."

"Kekalahan ini menyaksikan pasukan hebat seperti Belgium telah disingkirkan oleh pasukan yang lebih 'solid' daripada kami."

Kevin De Bryune pula lebih sinis luahannya sambil berpijak di bumi yang nyata dalam masa yang sama memuji pasukan Belgium secara tersirat.

"Adakah aku rasa Perancis menjengkelkan? TIDAK, aku bermain bersama City." Ujar De Bruyne.

"Aku telah bermain menentang pasukan yang 90 peratus bertahan sepanjang perlawanan. Inilah bola sepak."

"Apa yang mereka lakukan, mereka lakukan dengan baik. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang. Satu gol telah memberi perbezaan."




Paparkan Komen