Gosip Perpindahan Januari. Siapa Yang Bakal Masuk & Keluar?

Rusdy Ahmad 7 bulan yang lalu

Ini adalah gosip-gosip perpindah yang sedang hangat diperkatakan di England.

Adakah Chelsea akan membeli pemain baru dengan kepoweran pasukan sedia ada?
Adakah Manchester United akan membeli pemain pertahanan yang ampuh?
Adakah Arsenal masih mencari pemain yang mengelecek hingga kebelakang jaring?
Adakah Liverpool masih mencari tangga-tangga bahagia ke puncak liga?

Mereka-mereka yang sedang digosip bagi perpindahan pasukan baru akibat kemurungan di pasukan sedia ada.

Sekiranya anda rasa ada yang pemain hampir pasti ke pasukan kesayangan sila komen pada bahagian komen.

Morgan Schneiderlin. Midfielder, 27, Man Utd

Bukan pilihan Jose Mourinho – Hanya bermain 11 minit pada musim ini.
Dikaitkan dengan: Everton, West Brom
Yuran: £24m

Virgil van Dijk. Centre-back, 25, Southampton

Persembahan pertahanan yang telah menarik perhatian beberapa kelab.
Dikaitkan dengan: Chelsea, Man Utd, Man City
Yuran: £35m

Mamadou Sakho. Centre-back, 26, Liverpool


Belum membuat penampilan bagi pasukan utama musim ini selepas dihantar pulang dari lawatan ke US.
Dikaitkan dengan: Paris St-Germain, Lille, West Brom
Yuran: £12.5m

Ross Barkley. Midfielder, 23, Everton


Keluar masuk untuk mencari prestasi terbaiknya. Permulaan yang baru mungkin?
Dikaitkan dengan: Tottenham
Yuran: £35m

Dimitri Payet. Midfielder, 29, West Ham


Mungkin ingin berpindah ke kelab yang lebih besar bagi menjulang sebuah trofi.
Dikaitkan dengan: Arsenal, Man Utd
Yuran: £35m

Memphis Depay. Winger, 22, Man Utd


Seorang lagi pemain yang bukan buah hati Mourinho. Terakhir bermain pada November.
Dikaitkan dengan: Everton, Lazio, Sevilla.
Yuran: £13m

Asmir Begovic. Goalkeeper, 29, Chelsea


Hanya bermain di EFL Cup bagi musim ini untuk pasukan teratas di Premier League.
Dikaitkan dengan: Stoke, West Ham
Yuran: Loan

Jordan Rhodes. Striker, 26, Middlesbrough


Telah gagal untuk memberi impak.
Dikaitkan dengan: Aston Villa, Sheffield Wednesday
Yuran: £9m

Moussa Dembele. Striker, 20, Celtic


Menjaringkan gol ke 18 musim ini pada malam Krismas.
Dikaitkan dengan: Liverpool, Manchester City
Yuran: £20m

Ademola Lookman. Winger, 19, Charlton


Remaja berbakat dan telah menjaringkan enam gol musim ini.
Dikaitkan dengan: Everton
Yuran: £11m

Victor Lindelof. Centre-back, 22, Benfica


Telah menjadi pemain bintang & hampir menyertai Middlesbrough pada Januari 2016.
Dikaitkan dengan: Man Utd
Yuran: £38m

Yacine Brahimi. Midfielder, 26, Porto


Pemain perancang Algeria yang tidak menjadi pemain utama dengan pasukannya.
Dikaitkan dengan: Everton, Arsenal, Man Utd
Yuran: £30m

Marco Verratti. Midfielder, 24, PSG


Ejennya berkata “dia mahu menang sesuatu yang penting” dan “tidak boleh bersama pasukan yang tidak”.
Dikaitkan dengan: Chelsea
Yuran: £40m

Geoffrey Kondogbia. Midfielder, 23, Inter


Bergelut sejak perpindahan ke Monaco pada 2015
Dikaitkan dengan: Chelsea, Liverpool
Yuran: £20m

Adrien Silva. Midfielder, 27, Sporting


Mahu menyertai Leicester pada musim panas tetapi ditolak ketika dahulu.
Dikaitkan dengan: Leicester City
Yuran: £21m

Manolo Gabbiadini. Striker, 25, Napoli


Hanya menjaringkan tiga gol musim ini dan Napoli memerlukan wang untuk melabur pemain penyerang yang lain.
Dikaitkan dengan: Everton, Stoke, Schalke
Yuran: £18m

Kasper Dolberg. Forward, 19, Ajax


Menjaringkan hatrik dalam masa 18 minit menentang NEC Nijmegen.
Dikaitkan dengan: Juventus, Napoli, Man City
Yuran: £20m