Gomez Tak Pernah Pilih Cheng Hoe

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Drama bola sepak Malaysia semakin panjang dan semakin menarik, dengan kejutan demi kejutan yang dilakukan oleh watak-watak utama. Mario Gomez semalam mengatakan bahawasanya dia tidak pernah memilih Tan Cheng Hoe sebagai pembantunya di kem kebangsaan, meskipun ada pihak yang mendakwa

“Saya tidak pernah memilih Cheng Hoe. Saya juga tidak tahu dari mana cerita seperti ini timbul.

Cheng Hoe telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Kedah FA, namun ditolak.

“Saya menghormati Cheng Hoe dan tidak berniat untuk mengganggu tugasnya sebagai pengendali pasukan Kedah yang kini sedang berada di puncak prestasi pada kempen Liga Super.

“Kalau saya diberi pilihan, sudah tentu saya memilih pembantu jurulatih daripada pasukan Harimau Selatan, Raul Longhi.

“Begitupun, saya tidak kisah jika digandingkan dengan Cheng Hoe kerana beliau antara jurulatih tempatan terbaik di negara ini,” jelas Gomez kepada Kosmo.

Menurut Gomez, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahukan Cheng Hoe menjadi pembantunya mengendalikan pasukan kebangsaan.

“Saya boleh berganding dengan sesiapa sahaja dan saya bersedia menerima mana-mana calon yang difikirkan sesuai,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan terdahulu, presiden FAM mengatakan bahawa Gomez sebenarnya belum sah menjadi jurulatih Harimau Malaya, kerana Gomez dikatakan meminta gaji yang tinggi.

Tapi selaku orang tua, Gomez berkata dia tidak meminta gaji yang tinggi. Dia sekadar mahukan kontrak selama dua tahun, bukan setahun seperti yang ditawarkan. Dalam tempoh setahun, misai Safiq Rahim pun tak sempat nak tumbuh apatah lagi nak bina kejayaan pasukan kebangsaan.




Paparkan Komen