The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gol Ke-4 Chelsea Dirancang Pemain Manchester United?

Syafiq Freman pada October 24, 2016

Adakah jaringan ke-4 Chelsea sengaja dirancang pemain Manchester United? Atau ianya kerana para pemain sudah hilang semangat untuk meneruskan perjuangan.

Namun terdapat Netizen mendakwa jaringan ke-4 adalah sengaja dirancang. Malah ada yang menyatakan pemain Manchester United sengaja tewas pada perlawanan ini.

Ianya bermula dengan Herrera membiarkan Kante berlari begitu sahaja. Kemudian Pogba berlari mengejar Kante namun kelihatan tidak bersungguh-sungguh.

Ianya tidak tamat disitu sahaja. Smalling pula berlari mengejar namun secara tiba-tiba berhenti sebelum Kante menyepak bola itu sendiri. Tidak seperti kebiasaan Smalling yang akan melakukan DEEP TACKLE terhadap mana-mana percubaan berbahaya. Dan akhirnya Kante menjaringkan gol dengan begitu mudah. Sekali imbas ianya tidak jelas kelihatan namun apabila ia diulang tayang, sesuatu perlu diperkatakan.

kante-herrera

kante-smalling
Pogba hanya menggerakkan badan tanpa sebarang usaha untuk menghalang Kante dan Smalling secara tiba-tiba berhenti sebelum Kante melakukan sepakan.

Kontroversi seperti ini bukanlah sesuatu yang baru terhadap pasukan jagaan Murinho. Beliau sebelum ini pernah tercalit kontroversi keadaan negatif di bilik persalinan ketika bersama Chelsea yang akhirnya menyebabkan beliau dipecat di Stamford Bridge.


Download aplikasi The Sukan di Google Play