Gol-Gol Malaysia Menentang Pasukan Ternama Dunia

Mohammad Safwan oleh Mohammad Safwan 4 bulan yang lalu

Walaupun Malaysia berada di kedudukan yang tidak begitu baik dalam senarai ranking FIFA, namun itu bukan penghalang untuk para pemain Malaysia menjaringkan gol semasa menentang kelab bola sepak terbaik di dunia.

Sebut sahaja kelab mana yang tak pernah bolos dengan jaringan pemain Malaysia. Manchester United? Barcelona? Liverpool? Arsenal? Chelsea? Manchester City? Spurs?

Ben Foster Cuba Menangkap Ayam. (Daily.Co)

Kesemua kelab di atas, penjaga golnya pernah mengutip bola di dalam gawang gol mereka sendiri.

Gol paling padu?

WengerOut! Jerit Azmi Muslim. (Daily.Co)

Semestinya gol Azmi Muslim semasa menentang Arsenal. Rembatan padu dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Arsenal. Berpeluh Pak Wenger masa tu. Dikatakan juga, sejurus gol tersebut terhasil, #WengerOut telah dicipta. Mari kita saksikan bersama-sama.

Kredit Video: Rise Of The Panther




Paparkan Komen