Ghaddar Mahu Pergi Dan KAFA Mahu RM2 Juta

Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Mohammad Ghaddar akhirnya mengakui dan menyatakan hasrat untuk meninggalkan pasukan Kelantan dan KAFA telah meletakkan tanda harga sebanyak RM2 juta untuk melepaskan penyerang import dari Lubnan itu kepada pasukan yang berminat.

Ghaddar Anak Yang Baik. Photo : fb.com/tansri.annuarmusa

Memetik laporan dari Berita Harian , Ghaddar menyatakan keputusan ini terpaksa di buat untuk masa depan kerjaya dan keluarganya.

“Saya tidak berniat melukakan hati penyokong Kelantan, namun anda tahu saya mempunyai keluarga yang mengharapkan nafkah daripada saya.

“Saya pernah beritahu akan setia dengan Kelantan namun selepas berbincang dengan beberapa pihak, saya terpaksa membuat keputusan untuk berpindah.

“Ini keputusan saya sendiri dan tiada desakan mana-mana pihak atau kaitan dengan isu pasukan Kelantan. “Saya harap penyokong memahami situasi seorang pemain bola,” katanya ketika dihubungi BHSukan, hari ini.

Anak Yang Baik Akan Bantu Bapanya. Photo : fb.com/tansri.annuarmusa

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor dalam pada itu meletakkan harga sekurang-kurangnya RM2 juta kepada pasukan yang berminat mendapatkan khidmat Ghaddar.

“Ketika ini, Ghaddar masih pemain Kelantan. Bukan mudah untuk kita lepaskan dia kerana kita juga perlu memikirkan kos yang kita sudah belanjakan untuk mendapatkannya.

“Kita letakkan nilai sekurang-kurangnya RM2 juta untuk Ghaddar. Jika jumlah itu dapat dipenuhi, kita sedia lepaskan,” katanya.

Sumber : Berita Harian