Gerard Pique Mahu Tinggalkan Barcelona Untuk ke Amerika Syarikat?

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Sehari dua ini peminat Barcelona digegarkan dengan berita pemain pertahanan kesayangan mereka mungkin bakal meninggalkan Barcelona pada tahun 2018, untuk bermain di Liga Utama Bola Sepak (MLS).

Sejak 10 tahun lalu, Pique muncul nandi utama pasukan Blaugrana ini dan telah memenangi kesemua kejuaraan yang ada di depan mata - La Liga, Copa Del Rey, Liga Juara-juara dan Kejuaraan Kelab Dunia FIFA.

Pique dan Barcelona merangkul UCL pada tahun 2015

Sebelum ini Pique pernah mengatakan bahawa dia akan menamatkan kariernya di Amerika Syarikat, namun dengan usianya baru mencecah 30 tahun, Pique masih mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun untuk kekal beraksi di peringkat tertinggi seperti di La Liga dan Liga Super Malaysia. Akan tetapi, jika segala pencapaian Pique disemak, mungkin dia sudah bosan dengan kemenangan dan mahukan cabaran baru.

Kalau kerana sudah bosan dengan kemenangan, ada baiknya Pique berpindah ke Arsenal untuk merasai kekalahan.

Namun, ada sumber rapat yang mengatakan bahawa Pique akan berpindah ke Amerika demi karier seni isternya, Shakira. Memandangkan Shakira adalah seorang artis antarabangsa, dia dan Pique jarang ada masa bersama dan isu inilah yang mahu diatasi oleh Pique.

Shakira - cantik juga orang tua ni.

Sekiranya Pique ke Amerika nanti, dia akan menjadi antara pemain yang menerima gaji tertinggi di liga tersebut dan kelab LA Galazy khabarnya sudah menyediakan tawaran kepada suami Shakira ini dan Pique akan menggantikan Steven Gerrard sebagai pemain marquee kelab tersebut.Antara pemain terkenal yang berhijrah dari La Liga ke MLS ialah David Beckham, Thierry Henry dan David Villa.

Meskipun berpindah ke pasukan kuat di Amerika, Gerrard masih gagal memenangi liga.

Pique menyertai Barcelona pada tahun 1997 ketika berusia 10 tahun, sebelum menyertai Manchester United pada tahun 2004. Pada tahun 2008, Barcelona telah membeli bekas pemainnya ini pada harga £5 juta, bukan £90 juta. Ternyata Pique telah membuat keputusan bijak untuk kembali ke Barcelona.

Sumber gosip liar : Sportskeeda




Paparkan Komen