George Swan - Bekas Pemain Akademi Manchester City yang Kini Menjadi Ejen Bola Sepak Termuda

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Tidak ramai yang mengenali George Swan, kecuali kaki Football Manager yang sering memilih kelab kecil seperti Brighton & Hove Albion atau Brentford dan mencari pemain muda untuk diambil secara pinjaman, lalu menjadikan mereka sebagai pemain bertaraf dunia.

Kalau pandai main lah kan.

Menurut Swan, dia masih lagi ingat kata-kata perpisahan daripada Patrick Vieira ketika hari terakhir dia di Manchester City.

"Kalau lu nak kerja di Manchester City, sebagai kitman, tukang masak, jurulatih, roger gua bro. Kita sama-sama naik!" kata Vieira sambil mengangkatkan kedua-dua tangannya yang bertemu rapat.

Bagi seorang pemuda yang berusia 21 tahun yang impiannya untuk menjadi pemain bola sepak hancur di tengah jalan selepas mengalami kecederaan serius yang berpanjangan, tawaran ini walaupun menarik, tapi dirasakan bagai gulai tanpa garam. Tawar.

Hari ini, kurang lebih setahun kemudian, dia telah kembali ke City - sebagai ejen pemain bola sepak.

Swan pernah dijulang sebagai bakal pemain terbaik dunia ketika Manchester City membayar £500,000 (RM2.5 juta) kepada Leeds ketika usianya baru sahaja 14 tahun.

Bekas pertahanan tengah ini sudah pun menyelesaikan satu urusniaga perpindahan pemain dan merancang untuk melakukan lebih banyak urusniaga pada perpindahan musim panas nanti, dan sekarang pasti dia sedang menjadi pencari jodoh untuk pemain dan kelab.

Menurut Swan, tawaran Vieira yang disokong pengarah akademi, Mark Allen itu menarik, tetapi dia lebih selesa dengan perancangannya sendiri.

"Patutnya aku jadi prospek baik tau. Ye lah, umur kau 14 tahun dan City belanja £500,000 untuk dapatkan kau, mesti kau tak fikir kau bakal pencen muda kan.

"Aku buat sehabis baik umpama pengakap muda, tapi aku telah alami banyak sangat kecederaan teruk sampai aku dah tak sanggup nak cedera lagi, sampailah aku mengalah. Aku dipinjamkan ke Sheffield Wednesday, dapat kontrak kekal di Wolves, dan yang terakhir ialah York City.

"Aku dah putus ACL, patah kaki, urat celah kangkang terkoyak..aku tak dapat nak jadi cergas, lama-lama aku ketinggalan.

"Masa aku ada masalah lutut, aku bangun tengah malam tertanya-tanya aku tertidur atas kaki aku ke tak dan terfikir yang lutut aku ni bengkak ke tak pagi nanti. Tak leh blah juga nak hidup macam tu selama-lama kan?

"Manchester City sangat hebat. Aku akhirnya berada di York, tapi aku terpaksa jalani satu lagi pembedahan. Aku pun call bapak aku, aku cakap : Pak, acu dah fed up.

“Masa kau bergiat dalam bola ni, kau ibarat dalam satu buih. Aku tak dapat buat apa-apa dua tiga bulan. Aku tak mampu nak tengok satu perlawanan pun di televisyen.

"Lama juga aku ambil masa nak hilangkan sakit di hati ini. Dalam pada tu aku pergi makan malam dengan ejen aku, dan dia cakap : bro, join kitorang lah. Mau?" cerita Swan, mengimbas kembali malam yang mengubah hidupnya.

Swan bersikap positif dengan ajakan tersebut, lagipun dia mempunyai pengetahuan tentang pemain muda dan dari situ, dia jadikan perkara tersebut sebagai asas kepada kerjaya barunya.

"Disebabkan aku ni masih muda dan ada pengalaman tentang bagaimana kelab-kelab besar beroperasi, aku boleh kongsi pengalaman ini dengan kawan-kawan ejen aku tu," cerita Swan lagi tanpa dipinta.

"Contohnya kan, dulu pemain Manchester City memang diperhatikan dengan teliti. Semua orang nak tengok macam mana diorang main dalam Piala FA Belia. Piala ni ibarat piala yang paling berprestij la untuk pemain muda.

"Tapi sekarang dah tak macam tu. Pemain terbaik bawah-18 tahun dah masuk ke pasukan bawah-23 dan pemain bawah-16 pula yang bermain dalam piala ni.

"Perubahan ni satu perubahan yang agak mendadak, tapi tak ramai ejen yang tahu pasal ni. Astaga, terberitahu pula. Kelakar la diri aku ini.

"Tapi apapun aku masih lagi kena belajar daripada Lee Matthews dan Mark Obern - kawan dan juga orang yang bagi peluang untuk aku bekerja dengan Sport Management International.

"Diorang buat kerja dengan bagus. Suasana pun ok, membuatkan aku rasa macam dalam bilik persalinan, bagi nasihat kepada pemain muda dan pastikan mereka dijaga dengan baik." ujar Swan panjang lebar.

Dua bulan lalu, Swan berjaya dalam urusniaga pertamanya dengan bertindak sebagai orang tengah buat penjaga gol, Ian Lalor yang berpindah dari Etihad ke Doncaster.

"Ini ada satu permulaan. Aku harap aku tak perlu jumpa Vieira untuk minta kerja.

"Aku tak nak duduk melepak sambil tengok bola sambil berbisik dalam hati nurani suci aku ni 'patutnya aku jadi macam tu' atau 'aku lagi bagus kot daripada dia' lepas tu aku stress.

Mungkinkah Swan akan menganjur seminar sebagai ejen di Malaysia? Orang Malaysia cukup minat dengan seminar.

"Dengan jadi ejen ni, aku masih tak tinggalkan bola. Aku bekerja untuk orang baik dan mungkin - mungkin la kan - aku boleh bina masa depan yang cerah untuk orang lain dan juga diri aku," Swan akhir temuramah ini sambil mengenyit mata kirinya.

Kisah Swan ini wajar kita jadikan ikitbar, dan seperti lirik lagu The Zikr di bawah, setiap kesusahan pasti akan diiringi kesenangan.

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

Artikel diklepet dan ditulis semula dari Mirror Football




Paparkan Komen