Genap 13 Tahun Zidane Menanduk Materazzi, Siapakah Zidane?

Eikrem oleh Eikrem 1 minggu yang lalu

Siapa yang tidak kenal Zinedine Zidane? Tapi kalau adik-adik baru layan bola start zaman Abramovich, kemungkinan besar memang tak kenal siapa tuan empunya nama Zinedine Zidane atau nama kampungnya Zainudin Zaidani.

9 Julai 2015, genap 13 tahun insiden Zidane menanduk Marco Materazzi pada minit-minit akhir perlawanan akhir piala dunia 2006, yang mana perlawanan tersebut dimenangi Itali dengan penentuan sepakan penalti.

Pemain pertahana Italy, Marco Materazzi telah dikatakan mencerca Ibu Zidane dalam pergaduhan mulut mereka di padang yang ternyata membuatkan Zidane hilang akal dan rambut ketika itu. Lalu di tanduknya Materazzi.

Zidane menanduk padu Marco Materazzi, yang sebelumnya mencaci keluarga Zidane.

Pada tahun 2010, Zidane telah membuka cerita kepada Guardian kenapa beliau naik berang ketika itu. Materazzi telah mencerca ibunya dan ketika itu ibunya tengah sakit dan berada di hospital.

"Banyak benda boleh jadi kat padang. Banyak kali dah benda ni jadi. Tapi mak aku sakit dan berada di hospital. Mereka tidak tahu."

"Tapi itu masa yang sukar. Lebih dari sekali mereka maki mak aku tapi aku buat dek jer dan kemudian inilah yang terjadi."

"Nak mintak maaf? Jangan harap. Jika pemain itu seperti Kaka aku akan mintak maap tapi bukan yang sorang ni(Materazzi)." luah Zidane.

Sila keluar.

Zidane nyata menyesal dengan tindakan yang dilakukannya itu tetapi menegaskan tidak akan meminta maaf dari Marco Materazzi dan sanggup mati dari berbuat demikian. Marah teruk Zidane dengan cacian Materazzi.

Materazzi pula terus menafikan bahawa beliau memaki ibu Zidane dan selepas 10 tahun selepas kejadian, pada 2016 Materazzi membuat pengakuan bahawa beliau tidak mencaci ibu Zidane tetapi adik perempuan Zidane.

"Apa aku cakap adalah benda bodoh tetapi Zidane tidak patut membuat reaksi (menanduk) sedemikian."

"Kalau kat Naples atau Milan atau Paris lagi teruk makian dilakukan. Mak aku mati ketika aku berusia 15 tahun. Aku takkan maki mak orang lain. Aku maki adik perempuan dia je." Ujar Materazzi.

Entah mana cerita yang sebenar hanya Zidane dan Materazzi saja yang tau versi sebenar.

Jadi, siapakah Zinedine Zidane?

Berasal dari kabilah Berber di Algeria, kedua ibu bapa Zidane telah berpindah ke Perancis untuk lari dari perang Algeria. Pada  23 Jun 1972, ibunya telah melahirkan seorang putera yang bakal menakluki dunia bola sepak.

Membesar di Marseille, Zidane menghabiskan masa seperti kanak-kanak lain bermain bola sepak jalanan sehinggalah bakatnya dikesan seawall usia 10 tahun, apabila kelab US Saint-Henri mengambilnya sebagai pemain junior. Setelah enam bulan di kelab tersebut, Zidane disunting pengarah kelab SO Septèmes-les-Vallons, dan bermain di kelab itu sehingga usianya 14 tahun.

Pergerakan kakinya yang lemah gemalai mengawal bola menarik minat kelab AS Cannes, lantas beliau terus diambil dan diserap ke kelab remaja Cannes.

Pada awal penyertaannya di Cannes, Zidane pernah dihukum mencuci asrama kerana tindakannya menyerang penyokong pihak lawan yang mencaci keturunannya ketika satu perlawanan. Usai hukumannya selesai, jurulatihnya meminta beliau menyalurkan tenaga kemarahannya ke  arah fokus terhadap perlawanan, dan hasilnya, beliau berjaya. Bersama Cannes, Zidane mendapat Ligue 1 debut menentang FC Nantes.

Zidane berlalu pergi melepaskan peluang menjulang piala dunia

Pada musim 1992-93, Zidane dibeli Girondins de Bordeaux, dan membentuk jaringan tengah pasukan yang cukup mantap bersama Bixente Lizarazu dan Christoppe Duggary.

Ketiga-tiga mereka menjadi nadi utama Bordeaux dalam mencapai kejayaan tempatan dan eropah, dan mereka bertiga juga menjadi tonggak utama ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 di bawah bimbingan Aime Jacquet.

Pada 1995, Kenny Dalglish, yang ketika itu baru sahaja meraikan pasukannya Blackburn Rovers menjuari EPL, berhajat mahu membawa Zidane dan Duggary ke Ewood Park, akan tetapi dinafikan pengerusi Blackburn dengan mengatakan :

"Kenapa kita perlukan Zidane sedangkan kita sudah mempunyai Tim Sherwood (bekas jurulatih Aston Villa)."

Malah pada 1996,Newcastle United yang pada ketika itu dibimbing Kevin Keegan, pernah ditawarkan midfield maestro itu namun menolaknya dengan mengatakan bahawa Zidane tidak sesuai bermain di liga England.

Kerugian besar buat kedua-dua pasukan.

Seperti kau, Zidane juga pernah mempunyai rambut.

Pada musim bunga 1996, Zidane menyertai Juventus dan memberi impak yang segera. Pada musim tersebut Juventus memenangi Serie A dan Intercontinental Cup. Nasibnya kurang baik apabila mereka tewas 3-1kepada Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir Liga Kejuaraan Eropah.

Pada 1998, Zidane dianugerahkan pemain terbaik FIFA dan Ballon d’Or (pemain terbaik Eropah). Pada 2001, Zidane pernah digantung perlawanan apabila menanduk pemain Hamburger SV dalam  satu perlawanan UCL.

Pada tahun tersebut juga, Real Madrid telah membelinya pada rekod dunia, iaitu kira-kira 75juta euro. Pada tahun 2002, Zidane menjaringkan gol tercantik dalam sejarah perlawanan akhir UCL sekaligus membawa pulang piala UCL ke Madrid, setelah menewaskan Bayer Leverkusen yang diketuai Michael Ballack (Ballack tidak bermain pada perlawanan akhir akibat digantung).

Pada 2006, Zidane bersara dari arena bola sepak kelab dan antarabangsa. Sejak dari itu, sentuhan kaki ghaib Zidane tidak dapat lagi ditonton oleh para pencinta bola sepak melainkan di youtube.

Zidane cemerlang sebagai pemain dan pengurus.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke kaki

Perumpamaan itu sesuai diguna pakai bagi keluarga Zidane, apabila anak sulungnya, Enzo Zidane, mengikut jejak langkah bapanya bermain untuk Real Madrid. Pada hari ini, Zidane menjadi jurulatih kelab Castilla, pasukan muda Real Madrid, yang bermain di Segunda Division B.

Walaupun anaknya juga bermain untuk kelab tersebut, beliau tidak mendapat laluan yang mudah untuk membarisi skuad utama Castilla, dan perlu bertanding dengan pemain lain untuk memikat bapanya sendiri.

Menariknya, Enzo tidak menggunakan nama Zidane sebagai nama keluarga kerana baginya, bebannya terlalu besar untuk memikul nama seorang legenda bola sepak di bajunya. Jadi, Ezno telah beralih ke nama asal keluarga ibunya Fernandez. Kemampuan Enzo Fernandez boleh ditonton di youtube.

Zidane diangkat menjadi pengurus Real Madrid menggantikan Rafael Benetiz dan sejak itu beliau tidak menoleh lagi apabila membawa Real Madrid menjulang Champions League secara hatrik.

Selepas kejayaan kali ketiga berturut-turut, Zidane mengundur diri dari Real Madrid dan kembali semula selepas semusim.




Paparkan Komen