The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gary Neville Berdendam Dengan Arsenal?

Eikrem pada August 25, 2015

Gary Neville nampaknya tidak pernah bosan memberikan komennya kepada Arsenal. Kali ini legenda Manchester United itu mengatakan The Gunners kekurangan pemimpin di bahagian serangan.

Neville berkata demikian setelah Arsenal sekadar seri dengan Liverpool dalam perlawanan ketiga Liga Perdana Inggeris.

Dua pemain yang menjadi sasaran Neville ialah Mesut Ozil dan Alexis Sanchez. Dua pemain itu disebutnya tak mampu menjadi pemimpin kerana longlai berhadapan benteng pertahanan Liverpool.

Neville - kerap menyerang pasukan Arsenal
Neville – kerap menyerang pasukan Arsenal


“Mereka pemain yang bagus, tetapi apakah mereka mengambil tanggung jawab untuk rakan sepasukan mereka? Tidak. Saya tak pikir saya pernah melihat Mesut Ozil mengambil tanggung jawab rakan sepasukannya. Saya pernah melihatnya bermain dengan bagus, dia mampu mengumpan bola, terlibat dalam permainan dan memberikan assist, tapi tidak dengan gol,” ujarnya.


“Alexis Sanchez adalah seseorang yang sangat berperanan dan lasak. Bila anda melihat enam pemain belakang malam ini, Petr Cech adalah satu-satunya pemain yang berpengalaman,” tambahnya.


Baca juga : Kelab EPL yang mempunyai paling ramai pengikut di Twitter

“Giroud, Ozil dan Sanchez, mereka bukanlah pemain yang akan membantu┬ápemain yang di belakang mereka. Saya sangat terkejut malam ini atas kualiti penguasaan bola Arsenal, mereka banyak kehilangan bola,” ujarnya lagi.