Gambar Jersi Manchester United Untuk Musim Depan Bocor?

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Tahun 2017 kian menghampiri setengah tahun, dan ini bermakna kita juga semakin hampir dengan penghujung musim bola sepak eropah. Biasanya bila masuk waktu macam ni, ada banyak khabar angin dan gossip mengenai jersi-jersi baru pasukan yang terkenal.

Sebuah laman web, footyheadlines.com dikatakan telah mendapat info sulit mengenai jersi Manchester United pada musim hadapan, dan memaparkan gambar jersi tersebut seperti di bawah.

Untuk musim depan, United masih lagi mengekalkan jenama Adidas yang kontraknya hanya akan tamat pada 2024, bukan jenama DSV seperti yang diperkata ramai. United sebelum ini pernah mengenakan jersi keluaran Adidas sehingga tahun 1992, sebelum diganti Umbro dan Nike.

Satu lagi gambar jersi yang bocor ialah jersi ketiga yang berwarna kelabu yang menampilkan imej tiga pemain lagenda mereka yang juga dikenali sebagai Holy Trinity - George Best, Denis Law dan Sir Bobby Charlton di hadapan.

Akhirnya Adidas kembali meletakkan tiga garisan ke bahu, bukan di bawah ketiak seperti pada tahun ini. Selaku peminat tegar Manchester United, para admin The Sukan pasti akan membeli dan memakai jersi baru United ini setiap masa.




Paparkan Komen