The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: Kuala Lumpur: Paling rendah RM10,000, paling tinggi RM100,000 sebulan. Itu angka gaji diterima kebanyakan pemain bola sepak tempatan yang beraksi di Liga Malaysia (Liga-M) yang mungkin menjadi punca mengapa mereka enggan berhijrah ke liga luar terutama sekitar rantau ini. [caption id="attachment_1220" align="aligncenter" width="500"]Shebby Singh - bekas penasihat global Blackburn Rovers Shebby Singh - bekas penasihat global Blackburn Rovers[/caption] Angka itu didedahkan sendiri pengkritik dan bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh yang beranggapan faktor tawaran gaji lumayan antara punca pemain kita tidak berminat mengeksport diri sendiri keluar biarpun wujud tawaran daripada beberapa kelab.
Menurutnya, sebanyak 30 peratus pemain tempatan menerima tangga gaji cukup besar dalam lingkungan RM20,000 ke RM70,000 sebulan berbanding liga negara lain ASEAN yang lebih rendah.
Katanya, Liga Singapura (Liga-S) mempunyai kawalan bayaran gaji tertentu namun dalam Liga-M, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak meletakkan apa-apa syarat kawalan yang akhirnya menyebabkan ada pasukan menawarkan gaji melebihi kemampuan pendapatan mereka sehingga mengakibatkan kelewatan atau kegagalan membayar gaji pemain. “Seharusnya mesti ada kawalan gaji daripada mereka (FAM) kerana ia menjadi punca utama mengapa pemain kita lebih suka menjadi ‘jaguh kampung’ tanpa ingin mahu mencabar diri beraksi di luar Malaysia. “Memang sukar untuk merebut tempat di Eropah atau Asia Barat dan Timur, tapi sekurang-kurangnya kita boleh mulakan dengan menerokai Liga Thailand atau Liga Vietnam. “Andik (Vermansyah) dari Indonesia kini beraksi dengan Selangor, begitu juga Hariss Harun (Singapura) beraksi untuk Johor DT (Johor Darul Ta’zim), tapi pemain kita tidak ada yang mahu keluar. “Sebabnya, gaji ditawarkan cukup lumayan walaupun sumbangan mereka tidaklah begitu setimpal berbanding kualiti dipamerkan,” katanya selepas mengulas pendedahan Arena Metro semalam apabila Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan mengariskan soal gaji dan ranking menjadi penyebab utama pemain tempatan enggan beraksi di luar negara. Menurut bekas Penasihat Global kelab Blackburn Rovers yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, tahap kualiti taktikal dan teknikal yang lemah juga antara elemen pemain negara sukar merebut peluang dalam liga asing.
“Maaf saya cakap, tapi tiada pemain kita yang mempunyai kualiti untuk dihantar ke luar kecuali Safiq Rahim. Kita perlukan lebih ramai pemain macam Safiq jika mahu melihat ada kelibat pemain tempatan beraksi di luar.
“Oleh sebab itu, FAM kena ubah segera pendekatan menghantar sehingga satu pasukan berkampung di Eropah sebaliknya pilih tiga atau empat pemain terbaik dan beri fokus kepada mereka saja. “Cuba tengok skuad bawah-19 negara, hantar satu pasukan dan kata asyik menang di sana (Slovakia) namun apabila balik tidak nampak hasilnya, malah agak bergelut dalam kejohanan Piala AFF,” katanya Sumber : Harian Metro

Gaji Mahal Punca Pemain Manja

Eikrem pada September 3, 2015

Kuala Lumpur: Paling rendah RM10,000, paling tinggi RM100,000 sebulan.

Itu angka gaji diterima kebanyakan pemain bola sepak tempatan yang beraksi di Liga Malaysia (Liga-M) yang mungkin menjadi punca mengapa mereka enggan berhijrah ke liga luar terutama sekitar rantau ini.

Shebby Singh - bekas penasihat global Blackburn Rovers
Shebby Singh – bekas penasihat global Blackburn Rovers

Angka itu didedahkan sendiri pengkritik dan bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh yang beranggapan faktor tawaran gaji lumayan antara punca pemain kita tidak berminat mengeksport diri sendiri keluar biarpun wujud tawaran daripada beberapa kelab.

Menurutnya, sebanyak 30 peratus pemain tempatan menerima tangga gaji cukup besar dalam lingkungan RM20,000 ke RM70,000 sebulan berbanding liga negara lain ASEAN yang lebih rendah.

Katanya, Liga Singapura (Liga-S) mempunyai kawalan bayaran gaji tertentu namun dalam Liga-M, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak meletakkan apa-apa syarat kawalan yang akhirnya menyebabkan ada pasukan menawarkan gaji melebihi kemampuan pendapatan mereka sehingga mengakibatkan kelewatan atau kegagalan membayar gaji pemain.

“Seharusnya mesti ada kawalan gaji daripada mereka (FAM) kerana ia menjadi punca utama mengapa pemain kita lebih suka menjadi ‘jaguh kampung’ tanpa ingin mahu mencabar diri beraksi di luar Malaysia.

“Memang sukar untuk merebut tempat di Eropah atau Asia Barat dan Timur, tapi sekurang-kurangnya kita boleh mulakan dengan menerokai Liga Thailand atau Liga Vietnam.

“Andik (Vermansyah) dari Indonesia kini beraksi dengan Selangor, begitu juga Hariss Harun (Singapura) beraksi untuk Johor DT (Johor Darul Ta’zim), tapi pemain kita tidak ada yang mahu keluar.

“Sebabnya, gaji ditawarkan cukup lumayan walaupun sumbangan mereka tidaklah begitu setimpal berbanding kualiti dipamerkan,” katanya selepas mengulas pendedahan Arena Metro semalam apabila Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan mengariskan soal gaji dan ranking menjadi penyebab utama pemain tempatan enggan beraksi di luar negara.

Menurut bekas Penasihat Global kelab Blackburn Rovers yang bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, tahap kualiti taktikal dan teknikal yang lemah juga antara elemen pemain negara sukar merebut peluang dalam liga asing.

“Maaf saya cakap, tapi tiada pemain kita yang mempunyai kualiti untuk dihantar ke luar kecuali Safiq Rahim. Kita perlukan lebih ramai pemain macam Safiq jika mahu melihat ada kelibat pemain tempatan beraksi di luar.

“Oleh sebab itu, FAM kena ubah segera pendekatan menghantar sehingga satu pasukan berkampung di Eropah sebaliknya pilih tiga atau empat pemain terbaik dan beri fokus kepada mereka saja.

“Cuba tengok skuad bawah-19 negara, hantar satu pasukan dan kata asyik menang di sana (Slovakia) namun apabila balik tidak nampak hasilnya, malah agak bergelut dalam kejohanan Piala AFF,” katanya

Sumber : Harian Metro