Fustal dan Bola Sepak Jalanan Banyak Mempengaruhi Saya - Neymar

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Siapa yang tak kenal Neymar Jr? Pemain Brazil yang pakar menggelecek dan pakar jaringkan gol. Menarik tentang Neymar ni, walaupun dia pakar, dia tidak pernah menganjur sebarang seminar bagaimana caranya untuk menjadi pakar menggelek dan jaringkan gol, terutamanya seminar berbayar. Mungkin kerana dia belum ada gelaran doktor.

Pemain ini sekarang membentuk gandingan mantap bersama Luis Suarez dan Lionel Messi di Barcelona berkata, gaya permainannya banyak dipengaruhi oleh futsal dan bola sepak jalanan.Dalam satu temuramah bersama FourFourTwo hujung tahun lalu, Neymar telah bercerita bagaimana dia mula bermain bola sepak, siapa jurulatih yang paling diingatinya dan banyak lagi lah. Kalau kau baca pun tak rugi.

Berikut adalah sebahagian daripada perkongsian Neymar dalam termurah tersebut.

Bagaimana bola sepak jalanan membentuk Neymar

Mestilah membantu aku untuk berfikir dengan cepat di atas padang, diadun pula dengan kepintaran Brazil. Aku ingat lagi masa kecil-kecil dulu, aku bangun pagi je aku rasa nak main bola, walaupun aku kena pergi ke sekolah. Tapi aku pergi la sekolah kan, takkan nak ponteng pula. Aku balik je sekolah, aku pernah ambil bola di rumah dan keluar bermain bola sampai malam. Seronok bro. Tiada apa yang perlu aku risau masa tu.

Galakan jurulatih untuk bermain bola sepak jalanan

Tak jugak. Jurulatih aku selalu takut kalau-kalau aku cedera dan terlepas latihan, tetapi tiada apa yang dapat menyekat aku! (ketika ini Neymar menumbuk udara)

Neymar ketika muda, bermain untuk Santos Paulista

Jurulatih yang paling berpengaruh dalam karier

Aku ni kira bertuah jugak la dapat bermain di bawah ramai jurulatih yang hebat dan mereka telah membina permainan aku dalam sudut yang berbeza, tetapi yang paling aku ingat ialah Antonio Dos Santos atau Lima. Dia adalah jurulatih aku ketika remaja dan aku rapat dengan dia, lebih daripada aku rapat dengan Pablo Dollah Salleh.

Kenangan melakukan debut di Santos pada usia 17 tahun

Omaigod, aku tak tahu apa nak buat! Aku tak pasti nak senyum ke, tepuk tangan ke penonton ke, lambai kat penonton ke, atau kekal serius. Susah nak cakap rasa macam mana sebab masa tu aku muda sangat tapi dah main perlawanan pertama dengan orang tua kan, tapi bak kata orang putih, the rest history la kan.

Neymar tak tahu nak buat apa, lalu dia buat gaya ayam ketika melangkah masuk ke padang semasa debutnya bersama Santos.

Bagaimana boleh menjadi pemain yang sangat skilful

Sewaktu membesar, futsal sangat mempengaruhi aku. Permainan ini sangat mencabar dan sangat membantu aku memajukan teknik, kepantasan berfikir dan bagaimana untuk bergerak dalam ruang yang sempit. Aku rasa la kan futsal ni perlu menjadi satu batu asas kepada seseorang pemain bola sepak.

Eh jemput la minum air tu. Dah sejuk dah tu.

Bagaimana?

Bila main futsal, kita dipaksa utnuk berfikir dengan cepat dan bergerak dengan cepat - kalau kita hilang fokus sesaat, bola hilang. Permainan ni lebih dinamik dan ini sangat berguna di Barcelona. Bila kami bermain, memang tak banyak ruang dalam padang, jadi kami kena bertindak cepat. Lagipun futsal ni benda yang paling aku minat, lebih daripada aku minat New Boyz. Tapi tu la, semasa aku berumur 13 atau 14 tahun, aku terpaksa berhenti bermain futsal untuk membesar sebagai pemain bola sepak.

Neymar suka main futsal

Susah ke nak sesuaikan diri daripada futsal ke bola sepak

Tak jugak bro. Aku mula bermain bola masa umur 11 tahun, jadi aku gabungkan lah bola sepak dengan futsal sampai umur aku 14 tahun. Aku ingat lagi sampai satu masa tu aku dah tak boleh main dua-dua dan aku mesti pilih salah satu daripada dua. Cer teka aku pilih yang mana? Aku pilih bola lah. Fikir-fikir balik kelakar la jugak bila ingatkan ayah aku selalu komen cara aku bermain, walhal aku budak lagi masa tu. Tapi yang baiknya ayah aku selalu tengok perlawanan aku. Bangga la jugak dapat ayah macam ni.

Kenangan terindah

Aku ingat lagi aku menang anugerah individu semasa usia aku 7 tahun, yang mana perasaan tu memang rasa seronok sebagai seorang kanak-kanak. Aku melakukan debut bersama pasukan bernama Portuguesa, satu lagi kelab dari Bandar Santos, dan kami berjaya menduduki tangga ketika. Aku jaringkan 23 gol. Power kan?

Ini bukan Neymar, ini Faiz Subri.

Idola futsal

Senang je nak jawab. Mestilah Falcao. Dia adalah atlet yang banyak bagi inspirasi kepada aku tau. Lagipun kami memang rapat, dan dia pula jenis orang yang kau susah nak jumpa, lepas tu kau memang tak nak hilang dia. Sebagai pemain futsal, Falcao memang yang terbaik vavavoom sepanjang zaman, dia sangat cemerlang. Selain sebagai kawan, dia adalah jaguh!

Ini ialah Super Falcao - idola Neymar.

Nasihat untuk pemain bola sepak jalanan yang ingin menjadi pemain professional

Sebenarnya susah nak bagi nasihat kepada pemain muda. Kau tengok ramai orang muda yang ada potensi tapi disebabkan pelbagai faktor mereka gagal menggapai impian. Sedih jugak la kan, tapi kalau berdasarkan pengalaman aku, kalau kau ada impian yang sama seperti aku masa kecil-kecil dulu maknanya kau kena buat sesuatu. Fokus setiap masa dan abaikan apa-apa gangguan. Lagi satu, kau jangan lupa keluarga - kau kena percaya kat diorang. Penting juga untuk ada kawan rapat. Dalam padang pula kau kena bagi yang terbaik dan bekerja keras - kalau kau buat semua benda kat atas tu, ada harapan kau nak berjaya. Tapi kalau ada duggan dan cabaran, kau jangan takut, jangan gentar. Itu semua cobaan.

Nota :

1- Artikel diolah dari FourFourTwo




Paparkan Komen