The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Full Match : Muangthong United 0 (3) – (0) 0 JDT

Encik Bakri pada February 3, 2016

Full Match : Muangthong United 0 (3) – (0) 0 JDT

JDT Tewas Kepada Muangthong United Sekaligus Tersingkir Daripada Saingan ACL

Impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mara ke saingan utama Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, berkubur selepas tewas kepada Muangthong United FC di Nonthaburi, Thailand, sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Mario Gomez itu tewas 3-0 menerusi sepakan penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam masa sebenar dan 30 minit masa tambahan selepas itu.

Kawin-wira-muangthong-united
Kawin muncul wira Muangthong apabila menyelamatkan tiga sepakan penalti JDT

Pada aksi pusingan kedua kelayakan ACL di Stadium Thunderdome itu, menyaksikan tiga pemain import JDT – Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun – gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

Pasukan tuan rumah memastikan kemaraan mereka ke pusingan ketiga selepas S Yooyen menyempurnakan sepakan ketiga selepas dua rakannya, Cleiton Silva dan P Notchaiya turut berjaya berbuat demikian sebelum itu.

Sumber : Berita Harian


Download aplikasi The Sukan di Google Play