The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

FRU berjaya cegah pergaduhan penyokong JDT-Bos Gaurus

Eikrem pada November 6, 2015

IPOH: Tindakan pantas anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di pekarangan Stadium Perak di sini, berjaya mengelak berlaku pergaduhan antara penyokong pasukan tuan rumah dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

FRU bertindak mengarahkan penyokong Perak yang tidak berganjak di hadapan stadium supaya bersurai. Bagi kira-kira 125 penyokong JDT pula mereka terpaksa menunggu lebih sejam di luar stadium sebelum berjaya keluar daripada pekarangan stadium sebaik perlawanan tamat.

Anggota Pasukan Keselamatan membuat kawalan keselamatan bagi mengelakkan tercetusnya pergaduhan di kalangan penonton semasa perlawanan Perak bertemu JDT pada ? Piala Malaysia 2015 di Stadium Perak malam ini. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
FRU berjaga-jaga -Foto Bernama

Mereka kemudian terpaksa berjalan sejauh hampir dua kilometer ke FRU Sungai Senam berdekatan stadium dengan dikawal ketat pasukan itu dan polis.   Kesemua penyokong berjalan kaki ke unit berkenaan yang menempatkan kenderaan penyokong dan pemain.

IPOH 05 November 2015. Penyokong JDT terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer dengan diiring oleh pasukan Polis, namun mereka tetap gembira kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku. STR/Mohd Nazrulaswad. *** Local Caption ***
Penyokong JDT berjalan kaki ke Balai Polis

Kesemua penyokong JDT kemudiannya menaiki dua bas serta dua van yang diletakkan di unit berkenaan kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi.   Bas serta van dinaiki penyokong itu yang keluar dari unit berkenaan juga diiringi polis bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.