Fred Mengajar Anda Semua Cara Sebut Nama Beliau Dengan Betul

Share on facebook
Share on twitter

Pemain tengah hebat Manchester United, Fred atau nama penuhnya Frederico Rodrigues de Paula Santos mengajar anda semua cara menyebut nama beliau dengan betul.

Manchester United membawa masuk Fred ke Old Trafford pada musim panas 2018 oleh Jose Mourinho untuk menguatkan bahagian tengah.

Sehingga kini rasanya bahagian tengah Manchester United tidaklah sekuat mana pun.

Dengan harga €50 juta (£43.7juta) Fred tidaklah gagal dan mampu untuk mengisi ketiadaan Paul Pogba kerana kecederaan.

Fred membentuk gandingan yang boleh tahan bersama Scott Mctominay musim dan telah membuat 50 penampilan bersama United.

Manchester United melalui laman Twitter rasmi telah memuat naik satu video pendek dan Fred mendedahkan bagaimana sebutan namanya. Fred atau Fred?

Sebutan nama yang dilontarkan dalam video ini berbunyi begini jika ditulis “Frej” atau lebih kurang “Fredge”.

Topik ini pernah dibincangkan ketika Fred tiba dari Shakhtar Donetsk pada jendela perpindahan 2018 oleh Tim Vickery.

Pakar bola sepak Amerika Selatan menyebut ramai Mat Saleh tersalah sebut nama pemain Amerika Selatan bertahun lamanya.

Dan pemain tersebut termasuklah Fred yang disayangi peminat Manchester United.

Permulaan dekad baru dan tahun 2020, Frederico Rodrigues de Paula Santos menambah keceriaan tahun baru dengan satu sepakan percuma yang dahsyat.

Walaupun percuma, Fred tidak perlu begitu rakus melakukan tendangan.

Ketika Marcus Rashford seperti sudah bersedia menguatkan kekuda unbtuk melakukan sepakan, Fred terlebih dahulu mencuba.

Tendangan Fred sangat padu dan laju terus menuju ke angkasa tanpa hala tuh yang sangat jauh dari gawang.

Share on facebook
Share on twitter