FMLLP Menjawab Persoalan Hutang Berbilion Kelab EPL Dan Pemotongan Mata

Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Ekoran persoalan yang ditimbulkan oleh Penyelamat Bola Sepak Kelantan mengengai pasukan Liga Perdana Inggeris yang mempunyai hutang berbilion-lion Football Malaysia LLP (FMLLP) tampil memberi penjelasan melalui laman muka bukunya.

“Cukup-cukuplah dengan alasan-alasan”

Dengan nada sopan yang memenuhi tuntutan rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan FMLLP menyatakan mereka menghormati semua pandangan termasuk contoh yang digunakan untuk menggambarkan pasukan dalam EPL juga mempunyai hutang sambil memberi contoh apa terjadi kepada pasukan Portsmouth di EPL.

FMLLP juga berharap semua pihak memahami bahawa hutang yang dilaporkan adalah mengambil kira hutang seperti pinjaman oleh kelab dan perkara-perkara lain dan kelab menikmati 2 nikmat dunia iaitu : –

1. Kelab menikmati aliran tunai tahunan yang sihat
2. Membayar hutang mereka secara ansuran setiap tahun.

Portsmouth Kelab EPL Yang Dipotong Mata

FMLLP menjelaskan bahawa hutang ini bukanlah hutang yang berhubung dengan gaji pemain atau bayaran-bayaran yang terhutang kepada pihak berkuasa sambil memberi contoh

“Contoh EPL ini juga menarik kerana walaupun kelab beroperasi dengan “hutang” seperti yang dinyatakan, mereka tidak menyalahkan EPL mahupun English FA untuk hutang dicipta oleh diri mereka sendiri.”

“Sekiranya hutang menjadi tidak terurus, walaupun di England (sebagai contoh telah digunakan) pasukan seperti Portsmouth telah dua kali mata dipotong oleh Liga pada tahun 2010 (9 mata) dan 2013 (10 mata).”

Harapan FMLLP

Dengan rasa hormat FMLLP sekali menegaskan dan berharapa semua memahami bahawa keutamaan FMLLP pada ketika ini adalah untuk memastikan hutang kepada pemain dan pihak berkuasa diselesaikan.

“Kami tidak menyentuh mengenai ratusan ribu Ringgit yang terhutang kepada pihak kerajaan negeri (pengurusan stadium) atau komitmen lain yang perlu dipenuhi.”

Bola sepak Malaysia juga sudah terlalu lama terkenal di FIFA dengan kes berkaitan gaji pemain dan situasi ini mesti dihentikan. FMLLP menyeru agar pihak terbabit berhenti membuat alasan atau meraih simpati.

Lihat diri sendiri, tatap mata sendiri adakah engkau pendusta? Kerana hanya diri sendiri yang harus dipersalahkan.

Cukup-Cukup Sudah – Nirwana Band