Flyod Mayweather Tayang Duit RM8.29 Juta Selepas Dituduh Berlagak

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Flyod Mayweather yang muncul sebagai petinju pertama yang meraih pendapatan sebanyak $1 bilion dan merupakan atlet sukan ketiga meraih pendapatan sebanyak itu sepanjang karier selepas Michael Jordan ($1.5 million) dan Tiger Woods ($1.4 billion).

Pendapat yang diraih selepas menewaskan Conor McGregor menjadikan pendapatan beliau mencecah $1 billion atau kira-kira RM4.2 bilion sejak dua dekad lalu Mayweather sudah hidup dengan penuh kemewahan.

Dengan rekod kemenangan 50-0-0 dengan menjalani pertarungan tanpa tewas, Mayweather tanpa boleh disangkal lagi merupakan lagenda dalam arena tinju namun sikap berlagaknya tidak menyenangkan hati sesetengah pihak.

Lahir pada 24 Februari 1977 di Grand Rapids, Michigan, beliau memenangi tiga anugerah Golden Gloves kebangsaan dan pingat gangsa Olimpik sebelum menceburi sukan tinju professional pada 1996.

Floyd Mayweather Jr memenangi gelaran Super Featherweight Championship yang pertama pada tahun 1998. Floyd seterusnya menjuarai gelaran dalam lima kategori berat sambil mempertahankan rekod tanpa kalahnya sehingga kini!

Beliau adalah fighter pound-for-pound terbaik dalam sejarah Amerika

Bagi mereka sikap berlagak Mayweather tidak patut dibawa kegelanggan ke boleh merosakkan legasinya sebagai seorang petinju agung kerana selalu mempamerkan kekayaan yang melampau di media sosial.

Di laman Instagramnya Mayweather selalu memuat naik gambar barang kemas, kereta, baju, rumah mewah dan tak kurang juga koleksi wanita yang menjadi temannya.

Maka tidak hairanlah beliau mendapat gelaran 'Money', Flyod 'Money' Mayweather.

Membalas kritikan bahawa beliau seorang yang berlagak, Mayweather membalas kritikan itu dengan bergambar bersama wang berjumlah RM8.29 ($2 juta) dan beberapa barangan mewah yang lain.

Mayweather membuat kicauan di laman Twitternya dengan ayat yang pedas untuk semua pembawang-pembawang. Bukan kat Malaysia je ada genga bawang woi!

"Benda ni aku dah dengan sejak 23 tahun yang lalu...Apa yang Mayweather buat adalah berlagak dengan kereta, barang kemas, rumah mewah, perempuanm pakaian dan duit."

"Dan ini apa yang Mayweather cakap... Aku gembira kamu semua menghabiskan masa selama dua dekad membenci aku berbanding membina legasi kau sendiri."

Tidak cukup dengan kicauan di Twitter, Mayweather membuat satu hantaran lagi di Instagram beserta video beliau bersama wang.

"Aku pernah diberitahu bahawa orang paling bising dalam bilik merupakan orang paling lemah dalam bilik itu. Tapi itu hanya boleh diguna pakai oleh individu yang membuat sesuatu yang salah."

"Dalam kes aku, aku gembira untuk menunjuk-nunjuk harta aku yang sah dan berlagak sebagai seorang lelaki kulit hitam yang datang dari kemiskinan, melawan semua ringtang dan aku tak kisah apa kau fikir pun."




Paparkan Komen