The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Figueroa Boleh Beraksi Di Final AFC Cup

Encik Bakri pada October 21, 2015

Timbalan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John turut mengesahkan kelibat penyerang import DJT, Luciano Figueroa boleh beraksi di pentas final AFC Cup sekiranya isu baru yang di timbulkan Kuwait SC ditolak FIFA dalam mesyuarat tergempar FIFA di Geneva hari ini.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira pemain kelahiran Argentina itu sudah melepasi penggantungan walaupun tiada aksi berlangsung dalam separuh akhir kedua ekoran penggantungan kelab Kuwait SC baru baru ini.

“Kita akan benarkan Figueroa bermain dalam perlawanan akhir nanti, kami akan menganggap pergantungannya tamat walaupun tiada aksi perlawanan separuh akhir kedua.