The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Fergie’s Time dan Penalti – Liverpool Kelab Yang Paling Bernasib Baik?

Eikrem pada August 30, 2016

Ketika ditemuramah media selepas gol pada masa kecederaan dari Marcus Rashford dalam perlawanan menentang Hull City, Jose Mourinho telah berkata bahawa Manchester United menang dalam masa yang dipanggil Fergie’s Time (Masa Alex Ferguson).

Apa itu Fergie’s Time?

Fergie’s Time mendapat jolokan setelah pasukan Manchester United kerap kali menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan, dan paling diingati tentunya gol Michael Owen pada minit ke-96 ketika mereka menewaskan musuh setempat, Manchester City yang berpihak kepada United 4-3.
Tetapi, sebenarnya Manchester United sekadar menduduki tempat kelima jika jumlah keseluruhan gol kemenangan di masa kecederaan dikira dalam era Liga Perdana, dengan 18 kemenangan.
Kelab mana yang paling banyak kali menang pada masa kecederaan?

Top 10 Pemenang Masa Kecederaan Paling Banyak.

injury time
Carta pasukan dengan penalti paling banyak | Gambar : Mirror Football

1. Liverpool – 28
2. Arsenal – 21
3. Chelsea -20
4. Everton – 19
5. Manchester United – 18
6. Newcastle – 17
7. Tottenham – 17
8. Aston Villa – 13
9. Wigan Athletic – 12
10. Bolton Wanderers – 11

Pasukan Paling Banyak Mendapat Penalti

Selain dari Fergie’s Time, Liverpool juga merupakan pasukan yang paling banyak mendapat sepakan penalti, berbanding pencabar lain.

Top 5 pasukan yang mendapat tendangan penalti yang paling banyak.
penalties
1. Liverpool – 137 penalti
2. Arsenal – 129 penalti
3. Manchester United – 123 penalti
4. Chelsea – 122 penalti
5. Newcastle United – 114 penalti


Download aplikasi The Sukan di Google Play