Farkhan Haron Juara Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia Light Heavyweight Champion

Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Peninju profesional negara yang berasal dari negeri Johor, Muhammad Farkhan Haron muncul juara Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia Light Heavyweight Champion pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2017.

Farkhan menumbangkan peninju dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Kaseba, dengan pukulan TKO pada minit kedua pusingan keempat dan mendedikasikan kemenangan ini untuk rakyat Malaysia dan Johor.

Farkhan adalah peninju profesional pertama negara yang telah mengharumkan nama negeri Johor sebelum ini apabila menjuarai Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Cruiserweight Title kategori Cruiserweight sebelum ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Dengan Kemenangan ini juga menjadikan Farkhan sebagai satu-satunya peninju negara yang memenangi dua tali pinggang bagi dua kategori berat berbeza iaitu ‘cruiserweight’ dan ‘light heavyweight’.

Kenapa TMJ Bersama Farkhan Haron?

Bagi yang tidak tahu, semestinya anda tetanya-tanya apakah kaitan Farkhan si peninju, TMJ dan Laman Muka Buku Johor Southern Tigers. Apakah kaitan bola sepak dan Tinju? Jawapannya adalah kedua-duanya adalah sejenis sukan.

Sebenarnya orang di sebalik kejayaan Farkhan ini adalah TMJ. Farkhan telah ditaja oleh TMJ untuk menjalani latihan di Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh dua tahun. Penajaan yang dibuat oleh TMJ ini berjumlah RM1.9 juta setahun.

Maka secara matematik mudahnya latihan selama dua tahun di darab dengan RM1.9 juta maka jadilah RM3.8 juta. Dia yang dikenali sebagai Farkhan Haron dalam arena tinju negara dan Asia, bersedia berhijrah ke Las Vegas, AS untuk berlatih di Mayweather Boxing Club.

Sedutan Aksi Farkhan

Sedutan sebahagian aksi Farkhan.