The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

FAM Sedia Kaji Permohonan KAFA Menukar Nama

Encik Bakri pada January 10, 2016

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mengkaji permohonan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk menukar nama pasukan namun buat masa ini badan induk bola sepak negara itu masih belum menerima surat rasmi berhubung perkara tersebut.

Timbalan Presidennya, Datuk Afandi Hamzah berkata, sebenarnya setiap pasukan telah mendaftar nama mengikut pendaftaran pasukan masing-masing sebelum ini.

“Namun dalam kes ini, seandainya sesebuah pasukan ini mengubah nama pasukan mahupun gelaran terutamanya selepas penjenamaan semula, kita sedia meneliti permohonan tersebut.

“Dalam situasi Kelantan yang dikatakan akan menukar nama pasukan buat masa ini saya belum mendapat surat rasmi dan jika ada kita akan menghantar permohonan tersebut kepada Urusetia Pertandingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan Kelantan bakal menukar nama kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) selepas Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali dengan nama Dr  Vida sebagai syarat yang perlu diterima Kafa.

Semalam kata putus perjanjian penajaan yang bernilai kira-kira RM16 juta membabitkan tempoh dua musim diantara Kafa dengan Vida Beauty semakin hampir terlaksana apabila satau perbincangan fasa terakhir diantara Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dengan Dr Vida telah diadakan yang membawa kepada majlis menandatangi perjanjian pada 15 Januari nanti.

Sumber : Sinar Harian


Download aplikasi The Sukan di Google Play