The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

FAM Sedia Disiasat SPRM Dan Akan Siasat Dalang Bocor Maklumat Dalaman

Encik Bakri pada September 2, 2016

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menyiasat individu yang menyerahkan pemacu pena atau ‘pendrive’, didakwa mengandungi bukti ketirisan badan induk bola sepak itu, kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit selepas mengetahui isi kandungan sebenar pemacu pena itu daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi menegaskan bahawa mereka mengalu-alukan pihak berkuasa menjalankan siasatan sekiranya teradapat unsur rasuah atau salah urus melibatkan pegawai atau kakitangan di dalam badan induk sukan bola sepak negara itu.

fam drive.fw

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan pemacu pena atau pendrive yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah urus oleh FAM kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, setelah meneliti sebahagian daripada kandungan pendrive itu semalam, Khairy memberitahu, pihaknya masih belum menemukan sebarang maklumat untuk mengaitkan FAM dengan perbuatan rasuah atau salah urus.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada pukul 11 pagi ini (Jumaat) untuk menyerahkan pemacu pena atau pendrive yang mengandungi laporan mengenai bola sepak tanah air.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya terbuka jika pihak berkenaan ingin menyiasat FAM atau pegawainya.

Namun, katanya, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan pendrive itu dan menyerahkan kepada Khairy untuk menelitinya sebelum membuat sebarang ulasan lanjut mengenainya.

“Saya rasa perkara ini mudah, sekiranya terdapat bukti mana-mana pegawai yang terlibat dengan perkara tidak elok, pihak berkuasa seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau polis boleh mengambil tindakan, sudah pasti.

“Khairy telah menerangkan apa yang sepatutnya. Kita tunggu dan lihat. Saya tak boleh komen lebih. Saya telah mengeluarkan kenyataan tentang pendirian FAM sebelum ini,” katanya selepas sidang akhbar perlawanan amal Hari Malaysia antara pilihan Harimau Malaysia dan Dugong All-Star di Wisma FAM, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Hamidin tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan tegas terhadap dalang yang membocorkan maklumat dalaman FAM dan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
“Setakat ini kita tak tahu siapa yang sampaikan maklumat itu dan kita akan biarkan perkara itu disahkan (oleh KBS).

“Saya sedang melihat perkara itu, saya perlu dapatkan gambaran sebenar (apa) di dalam pendrive itu dan jika ada pegawai yang membocorkan rahsia sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Perkara itu juga sudah dibincangkan dengan barisan Exco, jadi kita tunggu perkembangan selanjutnya,” 
katanya.

Sumber : Utusan OnlineBernama


Download aplikasi The Sukan di Google Play