Fakta Dan Sejarah Trofi Piala Dunia

Mohammad Safwan oleh Mohammad Safwan 3 bulan yang lalu

Trofi piala dunia. Satu trofi yang diidam-idamkan oleh setiap negara yang wujud di muka bumi ini. Trofi kepada ibu segala sukan ini menjadi rebutan setiap negara yang bertanding di kejohanan yang paling berprestij di dunia ini, tidak lain tidak bukan ialah Kejohanan Piala Dunia(World Cup).  Kejohanan berprestij ini akan diadakan berselang empat tahun sekali.

Artikel ini akan memberitahu anda semua serba sedikit fakta sejarah trofi yang paling bernilai yang ada di muka bumi ini. Sudah banyak negara yang bersilih ganti menjulang piala ini dengan negara Brazil yang paling banyak menjuarai kejohanan ini iatu sebanyak 5 kali. Manakala ada setengah negara yang pada 15 tahun dulu pernah menetapkan target untuk layak ke Piala Dunia 2014, telah melanjutkan tempoh targetnya kepada Piala Dunia 2026. Sadis betul bila mengenangkannya.

Malaysia Berada Di Group Z Dalam Kejohanan Edisi 2014

Tanpa membuang masa lagi, mari kita membaca fakta ringkas mengenai sejarah trofi Piala Dunia ini secara bersama.

1. Trofi piala dunia yang ada pada masa kini sebenarnya adalah trofi generasi kedua.

2. Trofi pertama sebenarnya digelar sebagai Jules Rimet.

Blogger-siap, Trofi Jules Rimet

3. Trofi ini dihasilkan pada tahun 1946. Nama trofi ini diberi sempena nama  pengasas atau digelar bapa  kepada kejohanan piala dunia ini iatu, Jules Rimet.

4. Pereka trofi ini bernama Abel La Fleur yang berasal dari Perancis.

5. Piala Jules Rimet ini pernah diletakkan di dalam kotak dan kotak itu telah disorokkan di bawah katil pada perang dunia ke dua.

6. Pada tahun 1966, piala ini pernah dicuri sewaktu pameran yang telah diadakan di England. Namun dijumpai semula oleh detektif England yang telah mengesan piala tersebut melalui anjing pengesan bernama Picales.

7. FIFA menyatakan, mana-mana negara yang telah menjuarai kejohanan piala dunia sebanyak 3 kali.  Negara tersebut berhak menyimpan trofi itu secara tetap.

8. Negara Brazil telah berjaya melakukannya pada tahun 1970. Brazil telah berjaya menyimpan trofi ini secara kekal.

9. Pada tahun 1983, trofi Jules Rimet sekali lagi telah dicuri, namun kehilangannya pada kali ini telah kekal sehingga kini. Trofi ini dipercayai telah dilebur oleh para pencuri.

10. Pada awal tahun 1970, FIFA memutuskan untuk mereka atau menghasilkan trofi piala dunia yang baharu. Sebanyak 53 rekaan telah dihantar kepada FIFA.

11. Pereka dari Itali iatu Silvio Gazzaniga's telah berjaya menambat hati para panel pemilih.

Trofi Piala Dunia Edisi Ke-Dua

12.  FIFA menegaskan, Trofi asli atau yang original, tidak lagi boleh diberikan kepada negara yang menjuarai kejohanan piala dunia tersebut. Sebaliknya, trofi itu harus kekal di dalam simpanan FIFA.

13. Negara yang telah menjadi juara dalam kejohanan tersebut akan diberikan trofi replika beserta plate emas kepada negara telah menang.

14. Semua admin dalam The Sukan sangat kacak.

15. Tinggi trofi ini adalah setinggi 36.8 cm.  Beratnya pula adalah seberat 6,175 g. Piala ini diperbuat daripada emas 18 karat . Karat emas ya, bukan karat besi buruk belakang rumah kau orang tu.

Perbezaan Piala Dunia Generasi 1 dan 2

16. Nama negara yang telah menjuarai kejohanan ini akan di ukir di atas trofi tersebut.  Manakala nama Mira Filzah akan ku ukir namanya dihati.

Sumber FIFA.Com


Share Tweet


Paparkan Komen