Faiz Subri Menang FIFA Puskas Award 2016

Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Seperti dijangka dan diduga Faiz Subri memenangi FIFA Puskas Award 2016 hasil undian rakyat Malaysia dan peminat bola sepak seluruh dunia, sekaligus mencipta sejarah dalam bola sepak Malaysia

Dapat Faiz jumpa Ronaldo. Dah besar Ronaldo sekarang.

Ini adalah anugerah tertinggi yang pernah diterima oleh pemain bola sepak Malaysia hasil sepakan fizik percuma yang menjadi viral di seluruh dunia.

Sedia maklum FIFA telah membenarkan Faiz Subri untuk mengenakan busana Melayu. Namun keadaan cuaca yang sejuk di bawah paras beku membuatkan beliau melupai hajat tersebut.

Faiz menewaskan dua lagi calon Daniuska Rodríguez dari Venezuela daN Marlone dari Brazil dengan kemenangan selesa. Apapun tahniah diucapkan kepada Faiz Subri diatas kejayaan yang penuh bersejarah ini.

Yakin Menang. Buka Henpon Baca Text.

Kami The Sukan sangat bangga dengan anugerah ini. Tahniah Faiz Subri!

Gol Faiz Subri dan Calon Yang Di Tewaskannya