FA Cup 2019/20: Tottenham Hotspur 2-1 Middlesbrough

Share on facebook
Share on twitter

Tottenham Hotspurs akhirnya mara ke pusingan ke-4 Piala FA selepas menewaskan Middlesbrough dalam perlawanan ulangan selepas seri di pertemuan pertama.

Kemaraan ini terus menghidupkan peluang Spurs untuk merangkul trofi pertama dalam tempoh 12 tahun. Lama dah kemarau piala.

Kehadiran Jose Mourinho yang pakar dalam memberi trofi kepada pasukan bimbingan memberi lebih harapan Spurs menamatkan kemarau.

Dua gol Tottenham Hotspur telah dijaringkan oleh Giovani Lo Celso dan Erik Lamela dalam tempoh 15 minit pertama permainan.

Giovani Lo Celso membuka jaringan seawal minit kedua perlawanan selepas memanfaatkan hadiah daripada penjaga gol Boro, Tomas Mejias.

Jaringan pertama selepas 115 saat perlawanan merupakan gol terpantas yang dijaringkan di stadium baru Tottenham Hotpsur.

Usaha sendirian Erik Lamela membuahkan hasil dengan gol kedua 13 minit selepas gol pertama.

Cantik dan tenang penyudah Lamela dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama

Tiada tambahan jaringan sehingga tamat permainan daripada Spurs walaupun menguasai permainan.

Jaringan saguhati Boro dijaringkan oleh George Saville yang berjaya menewaskan Paulo Gazzaniga.

Southampton menanti Spurs di pusingan ke-4.

TOTTENHAM (4-2-3-1): Gazzaniga 7; Tanganga 6.5, Sanchez 6, Vertonghen 6, Sessegnon 6.5; Dier 6 (Alli 86), Winks 6.5; Lo Celso 7, Eriksen 7, Lamela 7.5; Moura 7 (Son 61 min, 6).

Subs not used: Vorm Cirkin, Aurier, Skipp, Foyth.

MIDDLESBROUGH (3-5-2): Mejias 5; Howson 6, McNair 6, Fry 6; Spence 6 (Tavernier 74, 6.5), Liddle 6 (Saville 57, 7), Clayton 6, Wing 6.5, Johnson 6, Fletcher 6, Nmecha 6 (Gestede 78).

Subs not used: Brynn, Roberts, Wood, Malley.

Share on facebook
Share on twitter