FA Cup 2019/20 : Liverpool 1-0 Everton

Share on facebook
Share on twitter

Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh umat Liverpool bagi menyaksikan penampilan pertama Takumi Minamino yang baru dibeli oelh pasukan terhebat di muka bumi ini.

Minamino pemain kelahiran Jepun yang dibeli daripada RB Slazburg dengan harga begitu murah dan berbaloi-baloi sebagaimana termaktub dalam klausa pelepasan.

Liverpool menurunkan pasukan kedua untuk perlawanan ini kerana mereka fokus kepada saingan liga yang menjadi sasaran utama.

Everton pula tampak serius dengan membariskan barisan terkuat kerana Piala FA adalah satu sasaran yang logik bagi mereka.

Pada separuh masa pertama menyaksikan Adrian berkerja keras dengan membuat tiga aksi menyelamat luar biasa, sekaligus menghampakan Everton.

Kecederaan James Milner seawal minit ke-9 menambah lagi masalah kecederaan pemain Liverpool.

Luar biasa sungguh gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh Curtis Jones dengan satu lencongan luar kotak penalti yang sangat cantik lagi menawan.

Jordan Pickford melonjak tinggi tetapi tidak sampai untuk membuat sentuah bola menghentam palang dan masuk ke penjuru kanan gawang.

Curtis Jones menjaringkan gol pertama dalam kariernya diperingkat senior.

LIVERPOOL (4-3-3): Adrian 8; Williams 8, Phillips 7.5, Gomez 7, Milner 6 (Larouci 8mins 7.5); Chirivella 7.5; Lallana 8, Jones 8.5; Eliott 8 (Brewster 79mins 6), Minamino 6 (Oxlade-Chamberlain 70mins 7), Origi 7.

Not used: Kelleher, Mane, Henderson, Hoever.

EVERTON (4-4-2): Pickford 7; Coleman 6.5 (Kean 62mins 6), Mina 6.5, Holgate 7, Digne 6.5; Sidibe 6, Schneiderlin 6, Sigurdsson 6 (Delph 62mins 6), Richarlison 6.5; Walcott 7, Calvert-Lewin 7.

Not used: Stekelenburg, Baines, Keane, Delph, Bernard, Davies.

Share on facebook
Share on twitter