The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: http://i1.irishmirror.ie/incoming/article5874451.ece/ALTERNATES/s1023/Wales-v-Belgium.jpg

Euro 2016 : Pertemuan Pertama Wales dan Belgium

Encik Bakri pada July 1, 2016

Pertembungan Wales dan Belgium ini merupakan pertemuan pertama mereka di Euro dan pusingan akhir kejohanan utama. Di pusingan kelayakan Wales berada di kumpulan yang sama dengan Belgium dan Wales tidak pernah tewas kepada Belgium. Wales menang 1-0 di Cardiff dan seri tanpa jaringan di Brussels.

Tiga pertemuan terakhir Wales dan Belgium hanya menghasilkan 3 gol.

Fakta Mengenai Wales

Euro 2016 merupakan penampilan kedua Wales i kejohanan utama, kali terakhir Wales layak pada Piala Dunia 1958 kira-kira 58 tahun yang lalu. Wales tersingkir di suku akhir di tangan Juara Piala Dunia 1958, Brazil.

Wales hanya tewas dua kali dari 9 perlawanan d kejohanan utama setakat ini. Kedua-dua kekalahan itu hanya dobezakan dengan satu jaringan. Tewas 1-0 kepada Brazil di Piala Dunia 1958 dan tewas kepada England di Euro 2016.

Setakat ini Gareth Bale merupakan penjaring terbanyak Wales di kejohanan utama selepas Ivor Allchurch menjaringkan 2 gol di Piala Dunia 1958. Di Euro 2016, gol Wales bolos pada minit 56 dan keatas serta kesemua gol itu dijaringkan oleh pemain gantian.

Aaron Ramsey terlibat dalam 3 daripada 5 gol gol yang dijaringkan oleh pemain Wales.

Fakta Mengenai Belgium

Setakat ini Belgium tidak bolos dalam tidak tiga perlawanan terakhir mereka selepas tewas 2-0 kepada Italy. Ini merupakan rekod clean sheet terbanyak buat Belgium dalam kejohanan utama.

Belgium mara ke suku akhir dua kali berturut-turut di kejohanan utama selepas mara ke suku akhir Piala Dunia 2014. Kali terakhir Belgium mara ke separuh akhir adalah 30 tahun yang lalu di Piala Dunia 1986.

Belgium menang 7 dan tewas 2 daripada 9 perlawanan terakhir mereka di kejohanan utama. Rekod yang lebih baik berbanding 23 perlawanan mereka yang lalu.

Hazard dan Bruyne merupakan pemain Eropah terbanyak melakukan bantuan gol dengan masing-masing melakukan 5 bantuan gol pada dua kejohanan utama (Piala Dunia 2014 dan Euro 2016)

Hazard terlibat dalam 4 daripada 6 gol Belgium di Euro 2016 samada sebagai penjaring atau bantuan gol. Hazar juga muncul sebagai pemain yang melakukan Completed Dribbles terbanyak di Euro sejak 1980 dengan 12 Completed Dribbles semasa menentang Hungary.


Download aplikasi The Sukan di Google Play