The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Gambar: http://img.vavel.com/polvsportpre-4944170764.jpg

Euro 2016 : Pertemuan Pertama Poland Dan Portugal

Encik Bakri pada June 30, 2016

Euro 2016 merupakan pertemuan pertama diantara Poland dan Portugal di Kejohanan Eropah ini. Euro 2016 juga merupakan pertemuan ketiga kedua-dua pasukan dalam kejohanan utama. Untuk rekod Poland telah menang 1-0 pada Piala Dunia 1986 dan Portugal menang 4-0 pada Piala Dunia 2002.

Dalam pertemuan bukan dalam kejohanan utama, Poland tidak pernah tewas kepada Portugal dalam tiga perlawanan terakhir mereka, 1 menang dan 2 seri,

Fakta Mengenai Poland

Euro 2016 merupakan pencapaian terbaik Poland dalam kejohanan Eropah ini, dimana buat pertama kali Poland layak ke suku akhir. Rekod terbaik Poland dalam kejohanan utama adalah layak ke separuh akhir pada Piala Dunia 1982.

Hakikatnya pada Euro 2016, Poland merupakan pasukan paling sedikit menjaringkan gol berbanding pasukan lain yang layak ke suku akhir. Poland hanya menjaringkan 3 gol dan bolos satu gol dalam 4 perlawanan.

Image - bbc.com
Image via BBC Sport

Robert Lewandowski menjaringkan gol pada perlawanan pertama di Euro 2012 pada minit ke-17 ketika menentang Greece. Sejak gol itu Lewandowski gagal menjaringkan sebarang gol atau membuat bantuan gol selama 643 minit. Adakah Lewandowski bakal menamatkan kemarau gol menentang Portugal?

Jakub Blaszczykowski telah teribat secara langsung dalam kesemua 5 gol Poland di dua kejohanan Eropah terakhir Poland, di mana Jakub Blaszczykowski telah menjaringkan 3 goal dan 2 bantuan gol.

Fakta Mengenai Portugal

Portugal merupakan satu-satunya pasukan yang telah mara ke suku akhir sebanyak 6 akli berturut-turut dalam setiap kejohanan Eropah ini sejak 1996. Euro 2016 merupakan peluang Portugal untuk mara ke separuh akhir buat kali ke-5 dalam 7 kejohanan Eropah.

Portugal juga merupakan pasukan paling banyak beraksi di kejohanan Eropah dengan 32 perlawanan tetapi tidak pernah menjuarainya walaupun sekali.

Portugal tidak pernah tewas dalam 11 perlawanan kompetitif di bawah kendalian Fernando Santos dengan 8 kemenangan dan 3 seri. Kesemua 8 kemenangan Portugal itu hanya diperoleh dengan perbezaan satu gol sahaja termasuklah kemenangan ke atas Croatia.

Kesemua 3 gol terakhir yang dilepaskan oleh Portugal adalah melalui cara yang sama iaitu set-pieces dari luar kotak penalti.

Cristiano Ronaldo telah memegang rekod sebagai pemain yang paling banyak membuat penampilan di Euro dengan 18 perlawanan dan bakal membuat penampilan ke-19 ketika menentang Poland. Ronaldo juga hanya kurang satu gol untuk menyamakan rekod terbanyak jaringan gol kejohanan yang ketika ini di pegang oleh Michel Platini dengan 9 gol.

Walaupun menjadi pemain pertama menjaringkan gol di empat Edisi Euro Cristiano Ronaldo hanya menjaringkan dua gol dalam 12 perlawanan kalah mati di kejohanan utama iaitu pada separuh akhir Euro 2004 dan suku akhir Euro 2012.

Untuk rekod, Ronaldo telah melakukan 40 percubaan sepakan percuma secara terus di kejohanan utama bersama Portugal. Tetapi Ronaldo gagal menemui jaring dalam kesemua percubaan. Mampukah Ronaldo menamatkan badi ketika menentang Poland?