The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Euro 2016 – Kebangkitan Pasukan Kerdil

Eikrem pada October 12, 2015

Kebangkitan pasukan kerdil agak mengejutkan di kelayakan Euro 2016 dan semua pasukan telah berjaya mengesahkan kelayakan mereka ke kejohanan prestij bukan setakat di eropah, malah di seluruh dunia.

Untuk edisi Euro kali ini, jumlah pasukan yang bertanding dinaikkan ke 24, berbanding 16 sebelum ini untuk memberi peluang kepada pasukan-pasukan yang kerdil melayakkan diri ke pusingan akhir tersebut.

Tetapi, sebaliknya pula yang terjadi. Banyak pasukan-pasukan bukan pilihan berjaya menjadi juara kumpulan masing-masing dan layak secara automatik, manakala pasukan regular pula terpaksa berhempas pulas mencari rentak kemenangan.

Euro 2016 – Kumpulan A | Iceland

gyfli sigurdsson
Sigurdsson – Tonggak Swansea dan Iceland
gudjonsen
Eidur Gudjohnsen – legenda Iceland

Tanpa diduga, Iceland muncul pasukan pertama yang layak secara automatik dari kumpulan yang terdiri daripada Belanda, Rebublik Czech dan Turki – 3 negara yang sinonim dengan kejohanan Euro.

Iceland, negara yang berpopulasi hanya 300,000 lebih mengejutkan semua pihak apabila menewaskan Belanda dalam kedua-dua perlawanan di tempat sendiri dan lawan, walaupun Belanda mempunyai lebih ramai bintang yang bermain di segenap pelusuk Eropah.

Orang ramai lebih mengenali Van Persie berbanding Sigurdsson dan Memphis Depay berbanding Aaron Gunnarsson. Tanpa pemain kelas dunia, Iceland ternyata berjaya bersatu dan bermain sebagai satu pasukan yang solid dan penuh berdisiplin.

Eidur Gudjohnsen, legenda Iceland, pula menjadi mentor dan pemimpin barisan pemain Iceland yang rata-rata tidak mempunyai pengalaman bermain menentang pemain kelas dunia di sebalik pengalamannya bermain di Chelsea dan Barcelona.

Ternyata revolusi kemudahan dari kerajaan Iceland dan pembangunan bola sepak dari akar umbi dari FA Iceland berjaya membuahkan hasil dan meletakkan negara itu sebaris dengan pasukan handalan eropah lain. (Baca sini)

Euro 2016 – Kumpulan B | Wales

Wales – salah satu negara dalam United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland sering kali melahirkan pemain yang hebat. Sebut sahaja Ian Rush, Ryan Giggs, Mark Huges, Gary Speed, Dean Saunders pasti semua peminat tegar bola sepak eropah mengenali nama-nama tersebut.

Tetapi malang bagi mereka apabila tidak pernah bermain di kejohanan peringkat tertinggi bersama pasukan kebangsaan seperti Euro dan Piala Dunia. Kali terakhir mereka bermain di kejohanan besar adalah pada Piala Dunia 1958, itu pun melalui pintu belakang.

Kebangkitan generasi baru Wales yang dimulakan oleh mendiang Gary Speed telah mempamerkan peningkatan ketara dari tahun ke tahun.

Gareth Bale, Aaron Ramsey, Ashley Williams dan Wayne Henessey menjadi teras utama pasukan skuad kebangsaan Wales dan dibawah bimbingan Chris Coleman, mereka berjaya melonjak ke kedudukan top 10 ranking bola sepak FIFA pada Oktober 2015, mengatasi negara United Kingdom yang lain.

ramsey-bale
Ramsey-Bale : dua tonggak barisan serangan Wales

Dalam kumpulan B, mereka diundi bersama pasukan kuat seperti Belgium dan Bosnia – yang telah melayakkan diri ke Piala Dunia 2014 Brazil. Berasaskan permainan bertahan  dan berdisiplin, mereka hanya dibolosi sebanyak 4 gol, dua darinya ketika tewas kepada Bosnia 2-0 di tempat lawan, ketika mereka telah pun melayakkan diri ke pusingan akhir Euro.

Bale, ketika menyambut kejayaan pasukannya mengatakan, perasaan membawa Wales ke kejohanan besar sama seperti kejayaan menjuarai Champions League bersama Real Madrid pada 2014.

Persoalannya, mampukah anak buah Coleman menyerap tekanan di kejohanan besar pada tahun 2016 nanti? Dan apa akan jadi kepada Wales sekiranya Bale tercedera?

Euro 2016 – Kumpulan F | Ireland Utara

Ireland Utara bukanlah satu nama yang dikenali di seluruh dunia, baik dari segi bola sepak atau sejarah atau geografi. Namun pasukan yang sering disalah anggap sebagai Republik Ireland ini muncul pasukan pertama dari kumpulan F untuk layak ke pusingan akhir kejohanan Euro 16.

Tidak ramai pemain pasukan Ireland Utara yang dikenali. Bagi peminat EPL mungkin mereka mengenali Jonny Evans dan Paddy McNair dari Manchester United, tetapi ramai tidak mengenali Kyle Lafferty, penjaring terbanyak Ireland Utara yang bermain untuk kelab Norwich City.

Lafferty telah menjaringkan 7 gol daripada 9 perlawanan dan membantu mengesahkan Ireland Utara menjadi juara kumpulan F di hadapan Romania.

northern ireland
Ireland Utara – pasukan yang tidak dikenali

Seperti Wales, Ireland Utara tidak pernah bertanding di peringkat tertinggi dan ini mungkin akan memberikan sedikit tekanan kepada para pemain mereka, tambahan pula ramai di kalangan pemainnya tidak bermain di liga divisyen satu eropah. Walau bagaimanapun, bola sepak bukanlah permain individu, tetapi permainan berpasukan.

Michael O’Neill, anak jati Ireland Utara, pasti mahu memahat sejarah paling manis bagi negaranya setelah sekian lama dibayangi England sebagai pasukan nombor satu United Kingdom.

Baca juga : Wales menamatkan kemarau 57 tahun

Euro 2016 – Kumpulan I | Albania

Dalam pusingan kelayakan Euro 2016, Albania mengenepikan saingan negara Lord Bendtner, Denmark dengan menduduki tangga ke-2 di belakang Portugal dan sekaligus layak secara automatik ke Euro. Menariknya, Albania telah dihadiahkan kemenangan percuma.

Dalam perlawanan menentang Serbia pada Oktober 2014, Albania dihadiahkan kemenangan percuma 3-0 kerana berlaku rusuhan penyokong dan pemain kedua-dua belah pihak. Segalanya bermula apabila satu drone yang tidak berpemandu terbang membawa bendera Albania di stadium di Belgrade, ibu negara Serbia.

Hubungan kedua-dua negara ini amat sensitif kerana Serbia merupakan pelopor utama dalam kepimpinan Yugoslavia yang berperang dengan Albania. Setelah drone tersebut diterbangkan ke dalam stadium, para penyokong mula merusuh dan masuk ke padang.

serbia vs albania

serbia vs albania 2

Serbia and Albania

Malah pemain juga turut berperang sesama sendiri di atas padang sebelum pemain Albania lari menyelamatkan diri ke bilik persalinan.

Akibatnya, Albania dihadiahkan kemenangan percuma dan Serbia didenda bermain di stadium kosong untuk perlawanan berikutnya. Kedua-dua pasukan juga turut didenda UEFA 78,000 GBP kerana gagal mengawal pemain masing-masing.

Selepas perlawanan tersebut, Serbia terus gagal bermain cemerlang tetapi Albania terus bersemangat dan berjaya menduduki tangga kedua kumpulan I.


Download aplikasi The Sukan di Google Play