Essien Cetus Fenomena di Bandung

Eikrem 4 bulan yang lalu

Michael Essien telah menyertai kelab Indonesia, Persib Bandung dan mencetuskan fenomena dan kegilaan di sana. Menurut satu laporan The Jakarta Globe, jualan jersi replika Persib Bandung meningkat dengan kadar 10 peratus dalam tempoh seminggu, dengan sebahagian besarnya menampilkan nama Essien di belakang.

Jualan ini dikatakan dapat membantu kelab mendapatkan semula pendapatan setelah berbelanja €800,000 (RM3.8 juta) untuk membawa bekas pemain Chelsea dan Real Madrid itu ke Indonesia.

Visi dan Misi Essien

Eksekutif Cenderamata Persib, Muhammad Irvan mengatakan para penyokong berbaris panjang untuk mendapatkan jersi..

“Usai kedatangan Essien, para pendokong berdiri di garis panjang di toko kami,” kata Irvan.

Para penyokong Persib boleh membeli jersi tersebut pada harga 240,000 Rupiah (RM80) jika berdaftar sebagai ahli kelab penyokong, dan 293,000 Rupiah (RM97) jika tidak berdaftar.

Dalam satu laporan berasingan, gaji Essien dikatakan sekitar 10 billion Rupiah (RM3.6 juta) setahun, tetapi jauh lebih rendah berbanding yang diterimanya di Panathinaikos, Greece iaitu sekitar kira-kira RM2.4 juta setahun.

“Mungkin ada di antara kalian yang tahu akan kontrak Essien, dia kini merupakan pemain yang dibayar gaji termahal di Indonesia,” kata pengurus Persib, Umuh Muchtar kepada agensi berita Antara.

Sebelum ini, gaji tertinggi dibayar kepada pemain bola sepak di Indonesia ialah RM1.5 juta setahun, kepada Sergio van Dijk – bekas pemain bola sepak Australia.

Persib dikenali dengna jersi birunya dikatakan mempunyai hubungan dengan hartawan Indonesia termasuk Erick Thohir – pemilik Inter Milan dan Kumpulan Salim – syarikat milik manusia kedua terkaya Indonesia, Anthoni Salim.

Erick Thohir

Kemasukan pemain bintang bergaji mahal ini mendapat reaksi bercampur-baur, dengan ada yang menyokong dan ada juga yang menentang. Bagi yang menyokong, mereka melihat langkah ini sebagai projek jangka masa panjang untuk meningkatkan populariti bola sepak Indonesia, manakala bagi yang menentang, mereka khuatir langkah ini bakal memberikan masalah kewangan kepada pasukan.

Mereka mengambil contoh sebelum ini bola sepak Indonesia dilanda krisis kewangan yang teruk di mana gaji pemain tidak dibayar, sehinggakan ada pemain yang meninggal dunia kerana tidak mampu untuk mengeluarkan duit untuk tujuan perubatan setelah jatuh sakit. Bagi mereka juga, bola sepak Indonesia tidak memerlukan pemain bintang untuk membawa penyokong ke stadium kerana stadium mereka sentiasa penuh.

Sumber : Ghanaian Soccer