The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

English FA : Nasib England Di Tangan Penyokong

Encik Bakri pada June 14, 2016

LONDON: Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) menggesa penyokongnya lebih “bertanggungjawab dan menghormati” berikutan ancaman Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mahu menyingkirkan England dari Euro 2016.

“Kami mengambil serius surat daripada UEFA,” kata Ketua Eksekutif FA Inggeris, Martin Glenn dalam satu kenyataan.

Semalam, UEFA mengeluarkan amaran kepada Russia dan England yang mereka mungkin akan disingkirkan daripada Kejuaraan Eropah sekiranya insiden keganasan sepanjang tiga hari di Marseille membabitkan penyokong kedua-dua pasukan berulang.

Insiden itu menyebabkan 35 cedera manakala tiga parah – situasi paling buruk di kejohanan antarabangsa sejak Piala Dunia 1998 di Perancis. Pertemuan antara England dengan Russia berkesudahan dengan seri 1-1.

“Kami memahami implikasi yang bakal dihadapi berikutan tindakan penyokong kami dan mengakui kami perlu memastikan mereka bersikap lebih bertanggungjawab dan mempunyai rasa hormat.

“Insiden keganasan yang berlaku di Marseille tidak mempunyai tempat dalam bola sepak atau dalam masyarakat.

“Kami mahu semua orang – penyokong dan penduduk tempatan – berasa selamat dan menikmati suasana Euro, dan kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk mencapainya.

“Kami merayu kepada semua penyokong England untuk menyedari yang mereka berada di negara orang dan cara terbaik untuk menyokong pasukan ialah dengan mempunyai rasa hormat dan patriotik – anda boleh minum dan menyanyi, tetapi tidak lebih daripada itu,” kata Glenn. – AFP

Baca : England dan Russia berpotensi untuk disingkirkan dari Euro 2016


Download aplikasi The Sukan di Google Play