The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Enam Penjaga Gol Idola Petr Cech

Eikrem pada December 30, 2015

Setiap individu mempunyai sekurang-kurangya seorang idola yang berjaya dalam bidang yang diceburinya, termasuklah Petr Cech. Untuk bangkit menjadi salah seorang penjaga gol terbaik dunia, Cech mempunyai enam orang idola yang dia benar-benar pandang tinggi, dan salah seorang darinya hanya setahun lebih tua dari Petr Cech sendiri.

“Sewaktu saya membesar, tiada penjaga gol yang saya minat sangat. Saya menonton banyak perlawanan dan perasan bahawa ada ramai penjaga gol dengan sesuatu yang istimewa dalam diri masing-masing.

Santiago Canizares

santiago canizares

Seorang yang sangat fokus dan kita boleh lihat dari sinaran cahaya matanya.

Canizares banyak menghabiskan masa sebagai back up kepada Bodo Illgner di Real Madrid sebelum beralih ke Valencia pada 1998, menggantikan penjaga gol kebangsaan Sepanyol, Andoni Zubizarreta yang bersara pada musim tersebut.

Bersama Valencia, Canizares membuat hampir 500 penampilan dan memenangi La Liga, Copa Del Rey, UEFA Cup dan UEFA Super Cup. Nasibnya kurang baik apabila gagal memenangi sebarang UEFA Champions League walaupun bermain di final sebanyak dua kali, pada 2000 dan 2001.

Oliver Kahn

oliver kahn

Siapa tak kenal Oliver Kahn – seekor singa di antara dua tiang gol. Semangat yang sentiasa tinggi dan selalu dahagakan kemenangan, tidak hairan jika bekas penjaga gol Jerman ini menjadi idola pemain hebat seperti Cech.

Bermain bersama Bayern Munich dari 1994 sehingga 2008, Kahn menjadi pilihan utama di gawang dan mendominasinya selama 14 tahun!

Edwin Van Der Sar

edwin van der sar

Bekas penjaga gol Belanda, Manchester United, Fulham  ini mula diminati Petr Cech ketika dia mula bermain bersama Ajax, di mana VDS melakukan apa yang jarang penjaga gol lain lakukan ketika zamannya – menjadi penjaga gol libero.

Bermain secara libero memerlukan kualiti kawalan bola yang bagus dan kemas, dan inilah kualiti yang dimiliki VDS. Kejayaannya bersama United dan Belanda cukup untuk menjadikannya salah seorang dari lagenda penjaga gol yang perlu dihormati.

Peter Schmeichel

peter schmeicel

Bekas penjaga gol yang dikenali ramai ketika bermain untuk Manchester United dan memenangi gelaran treble pada musim 1998-99. Peter cukup kebal di bahagian gol bukan setakat kerana ketangkasannya menangkis bola, malah juga sifat kepimpinannya yang cemerlang mengatur dan menegur pemain-pemain pertahanan.

Tinggi lampai dan berbadan tegap, sukar untuk melihat penjaga gol yang lebih baik darinya pada zamannya. Anaknya kini yang bermain bersama Leicester City, dilihat semakin cemerlang di pintu gol menyamai gaya permainan ayahnya.

Gigi Buffon

gigi buffon

Pada usia 37 tahun, Buffon masih lagi cemerlang menjadi pilihan utama di gawang Juventus dan Itali. Ketika berumur 18 tahun, Buffon sudah mula mendominasi posisi penjaga gol utama pasukan Parma dan membantu kelab tersebut  mencapai banyak kejayaan.

5 tahun kemudian, Juventus membelinya dengan harga rekod dunia bagi seorang penjaga gol, iaitu kira-kira 51 juta Euro. Buffon seterusnya merangkul segala jenis piala yang dipertandingkan dan kemuncaknya ialah Piala Dunia pada tahun 2006 di Jerman.

Iker Casillas

iker casillas

Walaupun berusia hanya setahun lebih tua dari Cech, penjaga gol Sepanyol ini cukup dihormati Cech kerana keupayaannya menjadi pilihan utam ketika berusia 18 tahun – di Real Madrid. Seperti Buffon, Casillas sudah memenangi semua pertandingan yang dimasukinya sama ada di Sepanyol, Eropah ataupun bersama pasukan kebangsaannya di peringkat eropah dan dunia.

Walaupun kini ditendang ke Porto, Casillas masih lagi diangkat sebagai seorang lagenda Sepanyol dan Real Madrid kerana jasa dan sumbangannya kepada pasukan.


Download aplikasi The Sukan di Google Play