The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Empat Pemain Utama Sah Meninggalkan Kelantan

Encik Bakri pada December 1, 2015

PERSIAPAN pasukan The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016 nanti sedikit terjejas berikutan empat pemain utamanya sah meninggalkan Kelantan.

Pemain terbabit, Mohd Fitri Omar yang berhijrah ke Pulau Pinang, Amridzwan Taj Tajudin (Terengganu), Ahmad Fakri Saraani (PKNS) dan Amar Rohidan.

bye

Sumber dalaman memberitahu,  Fitri Omar dan Amridzwan Taj Tajudin mengambil keputusan berhijrah apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dilihat tidak bersungguh mendapatkan khidmat mereka manakala Amar pula difahamkan mahu pulang ke kampung halaman.

UqzLVRXJ

“Saya tak boleh ulas lanjut tapi yang pasti mereka akan meninggalkan Kelantan musim hadapan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor berkata, senarai pemain yang mewakili Kelantan sudah hampir lengkap dan bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Antaranya, Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim, Zairul Fitree Ishak, Noor Hazrul Mustafa, Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin dan Nazri Ahmad.

Turut kekal, Muhammad Syazwan Yusoff, Farisham Ismail, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Norfarhan Muhammad, Brendan Gan dan Norhafiz Zamani Misbah serta Badhri Radzi.

Selebihnya, lima lima pemain Piala Presiden (Fakhrulzaman Wan Abdullah Zawawi, Mohd Qayyum Marjoni Sabil, Mohd Shahrul Hakim Rahim, Mohd Zafran Akramin Abd Razak dan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed).


Download aplikasi The Sukan di Google Play