Empat Jenis Penyokong Liverpool Yang Perlu Klopp Hadap

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Jurgen Klopp dan pasukan bimbingannya Liverpool yang sememangnya kaya dengan sejarah dan kelab yang power yang saban tahun melaungkan "Ini tahun kami!" hingga berbuih memulakan musim 2017/18 dengan penuh bergaya.

Selepas 5 perlawanan liga, Liverpool mencatatkan 2 menang. 2 seri dan 1 kekalahan penuh bergaya kepada Manchester City dengan jaringan 5-0 tanpa balas. Liverpool juga sekadar seri pada perlawanan pembukaan Champions League.

Lebih memilukan mereka ditendang keluar oleh Leicester City dari saingan Carabao Cup (League Cup) seawal pusingan ketiga.

Inilah prestasi Liverpool selepas kembali dari rehat perlawanan antarabangsa.

09 September 2017, Liga Perdana - Tewas bergaya 5-0 kepada City.

14 September 2017, Champions League - seri 2-2 dengan Sevilla di perlawanan pertama peringkat kumpulan.

16 September 2017, Liga Perdana - Seri dengan pasukan hebat Burnley 1-1.

20 September 2017, Carabao Cup - Tewas kepada Leicester City 2-0. Tersingkir di pusingan ketiga.

24 September 2017, Liga Perdana - Bakal tewas lagi kepada The Foxes.

Liverpool melalui 4 perlawanan tanpa sebarang kemenangan di 3 pertandingan yang berbeza. Habis lagu terpaksa digunakan untuk meraikan prestasi Liverpool. Laungan "Klopp out" juga mula kedengaran.

Imbas Kembali Prestasi Musim 2016/17

Liverpool pertengahan musim bukanlah berada pada mood yang baik seperti awal musim 2016/17. Teriakan "This is our season" semakin kurang didengari tatkala perlawanan liga memasuki minggu ke-23.

Kekecewaan penyokong Liverpool tidak dapat lagi dibendung, lebih-lebih lagi pasukan kesayangan mereka tewas di stadium keramat, Anfield, tiga kali berturut-turut dalam tiga pertandingan berasingan!

21 Januari 2017 , Liga Perdana - tewas kepada pasukan tercorot, Swansea City. 2-3.

25 Januari 2017, Piala Liga - tewas kepada pembekal pemain mereka, Southampton. 0-1. Gagal ke perlawanan akhir.

28 Januari 2017, Piala FA - tewas kepada pasukan di kedudukan ke-18 Liga Divisyen 2, Wolverhampton Wanderers. 1-2.

Tujuh hari yang cukup membingungkan tambahan pula perlawanan liga berikutnya adalah bertemu pendahulu liga Chelsea, juga di Anfield! Andai mereka menang, jarak mereka dengan Chelsea dipotong kepada 8 mata, akan tetapi andai tewas, mereka perlu ucapkan selamat tinggal kepada kejuaraan liga - seperi biasa.

Lebih teruk lagi, sesetengah penyokong mula mempersoal kredibiliti Klopp sama ada dia mampu untuk membawa The Reds lebih jauh.

Adakah Klopp bakal diganti Kulup?

Wajah sedih Klopp

Ketika Klopp tiba di Anfield, dia mahu menukar keraguan kepada kepercayaan, dan dia berjaya buat seketika. Kini perlawanan liga hanya berbaki lagi 16, dan Klopp perlu melakukan sesuatu untuk memuaskan hati majikannya dan empat golongan penyokong mereka.

Ya, ada empat golongan penyokong Liverpool.

Pengunjung tetap Anfield

Golongan ini terdiri daripada mereka yang cukup setia dan tidak pernah lupa atau buat-buat lupa untuk keluar dari gua dan turun ke Anfield, sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan.

Sama ada mereka ini berasal dari Merseyside atau Ampang, itu tidak menjadi persoalan. ..

Yang penting, golongan ini adalah golongan yang sentiasa menyanyikan You'll Never Walk Alone di Anfield dan kesetiaan mereka tidak harus dipersoalkan bagaikan andai matahari terbit dari barat, tak akan goyah cinta mereka kepada Liverpool.

Sekali-sekala ke Anfield

Golongan ini boleh dikatakan penyokong ketika menang dan mereka akan ke stadium ketika kelab berada di puncak. Adakah ini boleh dikategorikan sebagai Bangsa Final

Sebelum ke stadium, mereka akan isi perut sekenyang-kenyangnya dan ketika di dalam stadium, mereka akan menggunakan kesemua tenaga dan suara untuk menyanyi lagu semangat buat pasukan.

Korporat dan VIP

Kalau anda pernah berkunjung ke kelab-kelab eksekutif, watak mereka di kelab tersebut dengan golongan VIP di Anfield ini. Mereka tidak menjerit keseronokan ketika gol dijaringkan atau bolos.

Mereka lebih banyak diam, bagaikan sedang melayari Tumblr selepas melakukan carian 'Abang Tumblr'. Dalam stadium, mereka semestinya ditempatkan di kerusi VIP, dan selalunya kerusi tersebut kosong selepas separuh masa.

Ye lah, 45 minit tu pun dah berapa juta diorang rugi.

.

Dalam talian

Selalunya golongan ini bukan yang berasal atau tinggal di Merseyside dan kebiasaannya, nama mereka di alam maya akan digabungkan dengan nama pemain yang disukai mereka.

Contohnya nama sebenar ialah Aiman Tino, dan ditukar menjadi Aiman CouTino, atau Roslan Kassim ditukar menjadi Roslan Karius.

Selalunya golongan ini terlebih dahulu mendapat info atau khabar angin terbaru tentang Liverpool berbanding peminat di England.

Ketika ini, golongan ini akan memaki hamun pasukan di Twitter, Facebook, Instagram dan Tumblr mereka.

Sumber :

1- Independent 




Paparkan Komen