The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Emma Firyana Saroji Juara Dunia Boling Padang

Encik Bakri pada December 9, 2015

Emma Firyana Saroji juara dunia boling padang, bagaikan tidak dijangka namun itulah yang menjadi apabila Emma Firyana Saroji dinobat juara dunia Kejohanan Boling Padang yang berlangsung di Gold Coast Australia.

Emma Fiyana Saroji Juara Dunia Boling Padang di Australia

Lans Koperal Emma dari Cawangan Muzium Polis Diraja Malaysia telah mengharumkan nama Malaysia dan imej pasukan di mata dunia dengan menjulang Piala Emas sekali gus merangkul gelaran Juara Dunia dalam World Singles Champion Of Champions Lawn Bowls Game 2015 di Gold Coast yang berlangsung pada 16-22 November lalu.

Lans Koperal Emma Fiyana Saroji Juara Dunia Boling Padang

Sebanyak 19 negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa itu.

Emma sebelum itu berdepan saat sukar apabila ayahnya baru sahaja meninggal dunia pada 11 November lalu, 2 hari sebelum dia perlu berangkat ke Queensland.

Namun, Emma selaku pegawai polis tidak membiarkan pemergian ayahnya mengganggu emosi sebaliknya menguatkan diri untuk memberikan persembahan terbaik.

Atlet berusia 29 tahun itu menewaskan wakil Afrika Selatan Nici Neal dalam aksi ‘straight sets’ 9-3, 9-8.

Emma merupakan atlet wanita kedua merangkul juara dunia selepas Nor Iryani Azmi yang melakukannya pada 2005.

Kejayaan Emma meletakkan beliau setaraf dengan Lee Chong Wei dan Nicol David.

Emma Firyana Saroji Juara Dunia Boling Padang

Biodata Emma Firyana Saroji

emma

Nama : Emma Firyana Binti Saroji

Umur : 29 Tahun

Pekerjaan : Polis Diraja Malaysia