The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

El Hadji Diouf Menyelar Gerrard Selepas Mengumumkan Persaraan

Encik Bakri pada November 26, 2016

Bekas penyerang sensasi dan ‘lagenda’ Liverpool El-Hadji Diouf telah menyelar bekas rakan sepasukannya dan juga bekas kapten Liverpool Steven Gerrard selepas pemain lagenda itu mengumumkan persaraannya.

Ini bukan kali pertama Diouf yang pernah bermain selama dua musim bersama Liverpool menyerang Gerrard dengan kritikan. Diouf bersama Emmanuel Petit telah dijemput oleh SFR Sport dan membicarakan tentang persaraan Gerrard.

Bekas penyerang Senegal itu merupakan satu-satunya pemain no.9 dalm sejarah Liverpool yang menghabiskan musim tanpa menjaringkan gol mendakwa Gerrard takut untuk bertentang mata dengannya semasa mereka menajdi rakan sepasukan.

“Orang memberitahu saya bahawa di Liverpool terdapat beberapa individu yang tidak boleh disentuh, tapi saya sentuh mereka. Kerana sebab itulah keadaan menjadi rumit buat saya. kata Diouf.

“Semasa saya tiba, saya menunjukkan kepada Gerrard bahawa dia bukanlah sesiapa, dia bukanlah sesiapa. Saya bertanya Gerrard untuk memberitahu saya kejohanan besar mana, EURO atau Piala Dunia yang membuatkan orang mengingati beliau.

Petit yang merupakan pemenang Piala Dunia telah mencelah dan memberitahu Diouf bahawa Gerrard telah memberi inspirasi kepada Liverpool menjulang Champions League di Istanbul. Tetapi Petit lupa tahun bilakah peristiwa kebangkitan Istanbul itu.

Kelupaan Petit itu seolah-olah satu bola tanggung buat Diouf untuk terus membahan Gerrard dengan penuh rakus, dendam lagi ghairah.

“Inlah buktinya, awak pun tak ingat. balas Diouf. Awak bercakap tentang EURO dan Piala Dunia, Hari ini saya memberi penghormatah kepada awak dan Zidane kerana telah memenangi Piala Dunia.

Petit dengan tenang membalas mempertahankan Gerrard

“Saya tak boleh membiarkan awak berkata begitu tentang Gerrard. Beliau merupakan seorang pemain yang agung.

Untuk rekod, Diouf hanya menjaringkan 6 gol dalam 80 penampilan bersama Liverpool selepas dibeli pada tahun 2002 dari Lens pada harga RM55.47 juta (£10 juta). Semasa di Liverpool rakan sepasukan selalu merungut dengan sikap Diouf yang kurang memberi komitmen.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Gerrard dalam biografinya, di mana Gerrard menyifatkan Diouf seorang pemain yang tidak kisah dengan bola sepak dan Liverpool.

“Saya ulang! Saya menghormati pemain-pemain hebat tapi lelaki ini(Gerrard) saya tidak menghormatinya dan saya memberitahunya dan biarkan dia mengetahuinya.

Diouf juga menganggap Gerrard sama seperti permain lain dan pernah meminta jersi daripadanya.

“Bagi saya, dia seperti pemain yang lain. Dia perlu mempamerkan aksi yang bagus dan bermain dengan baik sama seperti saya lakukan. Masalahnya tidak perlulah pergi kepada pengurus untuk melaporkan apa saya cakap. Apabila Gerrard berbuat demikian maka berlakulah pertengkaran.

“Sebab itulah beliau tidak sukakan saya. Dia takut bertentang mata dengan saya. Dia takut untuk bercakap dengan saya. Jangan lupa ketika saya tiba di Liverpool, dia yang meminta jersi Senegal saya untuk diberikan kepada rakannya dan saya tidak meminta jersinya.”

Boleh tahan jugak Diouf ni. Nasib baik dia tak sebut Gerrard tak pernah main di liga perdana Malaysia yang power. Kalaulah Diouf dapat menyerang sebaik ini masa main dengan Sabah.