Eidur Gudjohnsen Tawar Diri Bermain Untuk Chapecoense

Syafiq Freman 8 bulan yang lalu

Eidur Gudjohnsen, bekas pemain Chelsea merupakan antara pemain terbaru yang menawarkan diri untuk bermain bersama Chapecoense.

Chapecoense kini dalam proses membina semula kelab mereka berikutan tragedi kapal terbang terhempas di Kolombia sebelum ini. Tragedi berkenaan mengorbankan 71 orang dan 19 darinya merupakan pemain, wartawan dan staf kelab berkenaan.

Dalam pada itu, terdapat juga laporan yang menyatakan Ronaldiho dan Juan Román Riquelme turut menawarkan diri untuk bermain bersama Chapecoense.

“Dengan segala hormatnya, saya ingin bermain bersama Chapecoense jika diberikan peluang,” jelas Gudjohnsen di laman Twitter miliknya.