Diego Costa : Pedro Seperti Abang Dan Kami Saling Mencintai

Encik Bakri oleh Encik Bakri 8 bulan yang lalu

Diego Costa tampil unutk memberi penjelasan mengenai insiden pertelingkahan beliau dan Pedro di separuh masa pertama ketika perlawanan menentang Spurs yang berkesudahan Chelsea tewas 2-0, sekaligus meranapkan rekod kemenangan berterusan mereka.

Antonio Conte menjelaskan bahawa apa yang terjadi adalah normal dan sentiasa berlaku di padang. Pertelingkahan ini berlaku apabila Pedro gagal mengambil bola hantaran daripada Costa.

Bercakap kepada IBTimes UK, Costa menjelaskan mengenai insiden tersebut :

"Tiada apa yang berlaku. Kami berdua mempunyai persefahaman yang baik.

"Perkara ini adalah normal untuk terjadi apabila anda mempunyai kepercayaan dan hubungan yang mesra dengan rakan sepasukan.

"Ia berlaku untuk seketika dalam permainan, saya memberitahu Pedro: 'Kau dah kenapa? Kau patut lari kesana. Kenapa kau tak pergi? haaaa'. Pedro menjawab 'Aku dah pergi' kemudian saya berkata : 'Kau tak pergi pun, jangan nak membongak'. Itulah yang terjadi.

"Pedro seperti abang saya dan kami saling mencintai." Jelas Costa lagi dengan penuh kasih sayang.

Conte dan Costa berkata itu perkara normal, maka normalah ia. Costa menganggap Pedro seperti abang kerana usia Costa muda setahun dari Pedro, jadi jangan dipersoalkan rupa Costa berbanding usianya.




Paparkan Komen