Diego Costa Dilihat Berlatih Bersendirian Selepas Begaduh Dengan Conte

Encik Bakri oleh Encik Bakri 8 bulan yang lalu

Diego Costa dilihat berlatih bersendirian selepas menghadapi masalah rumahtangga dengan pengurus Chelsea Antonio Conte, Costa kini dikaitkan dengan perpindahan ke China yang sanggup menawarkannya gaji AS$36.54 juta (RM164.43j) setahun.

Sebelum ini Costa meluahkan rasa cinta kepada abangnya, Pedro ekoran berlaku perselisihan faham dalam semasa perlawanan. Costa dan Conte menganggap perkara ini adalah normal.

Segalanya menjadi tidak normal apabila Costa bergaduh dengan jurulatih kecergasan kelabnya, Diego Costa digugurkan daripada skuad ketika Chelsea menewaskan Leicester City 3-0.

Costa, yang muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris setakat ini dengan 14 gol, sudah tiga hari tidak turun berlatih selepas bertengkar dengan jurulatih kecergasan Julio Tous berhubung kecederaan yang dialaminya.

Menurut laporan itu, peĀ­ngurus Chelsea, Antonio Conte bagaimanapun lebih berpihak kepada Tous dalam pertengkaran itu dan terus mengambil keputusan mengetepikan Costa.

Costa Berlatih Sendirian

Costa dilihat berlatih bersendirian di Cobham HQ pada pagi isnin dan rakan sepasukan beliau bakal memulakan latihan pada selasa. Costa dilihat melakukan sendirian sambil ditemani seorang pelatih Chelsea.

Foto : Jim Bennet

Kini Costa sendiri, buat apapun sendiri, hadapi hidup ini. Susah senang sendiri.

Foto : Jim Bennet

Foto : Jim Bennet

Roman Abramovich dilaporkan mahu Costa dan Conte bercium mulut dan kembali berbaik hidup aman bahagia seperti sebelum ini.

Foto : Jim Bennet

Foto : Jim Bennet




Paparkan Komen