De Gea Bakal Menjadi Penjaga Gol Termahal Dunia?

Eikrem oleh Eikrem 4 bulan yang lalu

Beberapa musim lepas, Real Madrid melalui 'Operasi De Gea' telah cuba membawa penjaga gol Manchester United ini ke Santiago Bernabeu, namun perpindahan yang 99 peratus hampir pasti ini musnah pada minit-minit terakhir dek kerosakan mesin faks.

Sebelas hari selepas peristiwa tersebut, De Gea telah menandatangani kontrak baharu bersama United di mana dia mendapat gaji sebanyak €12 juta semusim, kira-kira RM57.4 juta.

Namun pada musim ini, minat Real Madrid terhadap penjaga gol nombor satu Sepanyol ini masih lagi mekar, bagai bunga seri pagi menerima cahaya mentari di subuh hari.

De Gea - tembok besar Manchester United

Dalam kontrak yang ditandangani De Gea pada 2015, mana-mana pasukan yang ingin mendapatkannya perlu membayar sebanyak €60 juta, namun syarat ini telah lupus pada Jun 2016.

Kini dengan prestasinya yang cukup luar biasa banyak kali menyelamatkan United daripada dimalukan lawan, Real Madrid perlu membayar lebih daripada nilai tersebut. Lebih syahdu lagi, kelab Syaitan Merah it dikatakan meletakkan harga setinggi €75 juta!

Jika Real Madrid bersetuju dengan harga ini, De Gea bakal memecahkan rekod nilai perpindahan termahal dunia bagi penjaga gol yang kini dipegang Gigi Buffon - €54 juta yang dibayar Juventus kepada Parma pada musim 2001-02.

Andai perpindahan ini menjadi kenyataan juga, Real Madrid pasti akan menjadi pasukan yang paling ditakuti di dunia ini memandangkan mereka cukup sempurna di segenap posisi kecuali penjaga gol pada musim ini.

Lagipun, De Gea juga merupakan anak jati Madrid dan kepulangannya ke kota Castille ini pasti akan menambah nilai komersial Los Blancos, sekurang-kurangnya di Sepanyol. Jualan jersi nanti tak payah cerita lah, silap-silap setahun punya jualan pun dah boleh bayar balik duit perpindahan nanti.

Jadi tak jadi kita tunggu sahaja lah ya.

Sementara Real Madrid tengah buat kertas kerja tu, kau orang tengok la dulu video koleksi penyelamatan terbaik David De Gea ni.

https://www.youtube.com/watch?v=_QvFRlauF6I

Sumber berita : Marca




Paparkan Komen