The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Darren Lok Dapat Taraf Kerakyatan Malaysia Dan Bakal Beraksi Bersama JDT II

Encik Bakri pada September 23, 2016

Darren Lok akhirnya mendapat peluang untuk mempamerkan aksinya dipadang selepas mendapat taraf kerakyatan Malaysia dan layak untuk beraksi bersama JDT II dalam dua lagi baki perlawanan Liga Perdana. Darren Lok juga sudah layak untuk mewakili pasuikan kebangsaan Malaysia.

Lok tiba di Malaysia pada bulan Mei yang lalu apabila di ikat oleh JDT II pada jendela perpindahan bulan Jun tetapi belum diturunkan bersama JDT II kerana menghadapi maslah untuk mendapatkan kerakyatan dari Jabatan Imigresen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Johor Southern Tigers Darren Lok telah lulus temuduga yang diadakan oleh Jabatan Imigresen dan bakal beraksi bersama JDT II untuk perlawanan Liga Perdana malam ini (Jumaat) menentang Kuala Lumpur.

Berita ini memberikan suntikan dan sinar kepada jurulatih kebangsaan Ong Kim Swee, yang pastinya akan memberi perhatian kepada Lok bagi mencari pilihan pemain untuk pasukan kebangsaan terutama di bahagian penyerang.

Darren Lok merupakan pemain penyerang kacukan Malaysia-inggeris pernah beraksi bersama Eastbourne Borough sebagai penyerang sebelum berpindah ke JDT. Ketibaan Lok di JDT telah menarik perhatian ramai semasa sesi latihan termasuklah jurulatih JDT II Benjamin Mora.

Pemain berusia 24 tahun itu telah melahirkan rasa kecewa mengenai isu kerakyatan beliau yang mengambil sedikit masa untuk diselesaikan. Tetapi Lok sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan cuba yang terbaik semasa sesi latihan untuk mengekalkan kecergasannya di tahap yang maksimum.

Lok telah terlepas peluang untuk beraksi bersama Harimau Malaysia menentang Singapura dan Afghanistan bulan hadapan tetapi masih berpeluang untuk mendapatkan tempat pada aksi Piala AFF Suzuki 2016.

Sumber : goal.com


Download aplikasi The Sukan di Google Play