Cuadrado Bocor Gambar Jersi Baru Juventus, Berdepan Tindakan

Eikrem 3 bulan yang lalu

Pemain Juventus yang dipinjamkan dari Chelsea, Juan Cuadrado, telah memuat naik satu gambarnya memakai jersi baharu Juventus pada musim hadapan di Twitternya. Untuk musim hadapan, Juventus masih mengekalkan identiti jalur Hitam Putih sebagai jersi utamanya, dan tidak menukar warnanya ke merah jambu.

Bermula musim hadapan, Juventus bakal menggunakan logo baru pasukan tersebut, yang diperkenalkan pada pertengahan musim ini.

Namun, apa yang menjadi masalah buat pemain ini ialah, jersi baru tersebut masih belum boleh dipamerkan kepada umum memandangkan belum ada lagi pelancaran rasmi dan Cuadrado bakal berdepan tindakan daripada Juventus, meskipun dia sudah membuang posting tersebut daripada akaun Twitternya.

Dengan kekantoian ini, maka para pembuat jersi tiruan pasti akan segera menerbitkan jersi versi mereka dan bakal memberi impak kepada jualan peringkat awal jersi asli, sekaligus memberi impak kepada kewangan kelab Turin ini.

Kesian juga Cuadrado, terlalu excited, begini lah jadinya.

Sumber : The Sun