Cristiano Ronaldo Rayu Penyokong Real Madrid Jangan Cemuh Dirinya Lagi

Eikrem 3 bulan yang lalu

Penyerang dan mesin gol Real Madrid merayu kepada penyokong Los Blancos supaya tidak lagi bersiul mencemuhnya ketika perlawanan berlangsung selepas perlawanan menentang Atletico Madrid pagi tadi yang menyaksikan Ronaldo menjaringkan hatrik ketujuh dalam Liga Juara-juara, dan gol yang ke 103 buat dirinya dalam kejohanan ini.

Tiga gol tersebut memberikan kelebihan kepada pasukan Real Madrid menjelang pertemuan separuh akhir kedua pada minggu hadapan.

Penyerang bangsa Portugal ini sering menjadi sasaran cemuhan penonton di stadium dan dia berharap mereka yang berada di stadium berhenti melakukan perkara terkutuk tersebut.

“Aku ulang sekali je, aku tak nak engkorang bersiul kat aku,” katanya kepada MEGA.

“Aku selalu bagi yang terbaik.

Dalam perlawanan tersebut, Ronaldo membuka jaringan pada minit ke 10 melalui tandukan yang mengejutkan penjaga gol Atleti, Jan Oblak, dan menambah dua lagi gol pada lewat permainan.

Pemain bintang ini juga turut memuji rakan sepasukan yang mempamerkan aksi terbaik untuk membantu pasukan ibu kota Sepanyol itu.

“Seluruh pasukan memang dahsyat. Hari ini memang giliran aku untuk jaringkan gol, tetapi secara keseluruhannya seluruh pasukan ni memang luar biasa!

“Perlawanan ini boleh dikatakan perlawanan yang sempurna dan kami berjaya mendapatkan kelebihan, tapi semuanya masih belum berakhir. Lagipun Atletico ni pasukan yang boleh tahan juga hebatnya, jadi kami kena berhati-hati pada hari Rabu nanti,” katanya lagi.

Tidak dapat dipastikan kenapa penyokong Real Madrid suka mencemuh pemain terbaik mereka, tetapi mungkin melalui cemuhan tersebut Ronaldo akan menjadi bertambah kuat.

Lagipun Ronaldo kan pernah cakap dia akan bertambah kuat dengan kutukan dan cercaan.

Sumber : Sportskeeda